Tuesday, June 11, 2013

Aahlan ahlan ahlan..
siapa yang datang tu??boleh tahu??heheh~
berlalu rejab sekelip mata..menjelang malam ini satu syaaban la pula ..
kalau engkau mahu berlari..sudah tentu engkau bersedia membuka langkah kaki...
begitulah juga kita dalam menemui bulan yang mulia bulan barakah kurg sebulan sahaja lagi..ramadhan..in sya Allah bakal bertemu..soalnya bersediakah kita??

jangan engkau nantikan bulan itu sahaja untuk engkau kamcing dengan Tuhan..
jangan pula kau yakin yang engkau sahaja dapat bertemu Ramadhan..
dan jangan kau pasti bertemu Tuhan tanpa sebarang persiapan mahupun bekalan...ayuh koreksi diri bukan korek gigi k..

yeah,,,bulan rejabku ini diisi dengan pelbagai perkara,..salah satunya imtihan duniawi..syafawi tahriri saban tahun pengajianku begini..mengaji mengaji mengaji..exam then natijah..itulah,.sedikit  tak berubah..yang beza beban yang aku rasa tak seberat musim mustajid dulu..Alhamdulillah ..Allahu Akbar dalam pada tu..rahmat Allah mengunjungi dengan kehadiran tetamu jauh daripada Malaysia,..keluarga orang..mengharap keluarga sendiri yang datang itu pasti..moga diperkenankan oleh Allah..itulah doa ku sehari hari..

penat diganti dengan bahagia..siapa yang tidak merasainya..melihat wajah orang tua..mak ayah la pula..seolahnya melihat mak abahku sendiri di depan mata..harus layan mesra,tidak ubah macam ibu /umi sendiri...masak bersama..bergelak dan sedih bersama..luahan hati ke hati bersama..bercerita pengalaman bersama..semuanya bersama..ahh aku betul2 rindu..sehinggakan aku hilang rasa yang keberadaan ku waktu itu bukan negeri sendiri..maksud aku ,,aku bermimpi duk kat malaysia ka la ni??
sampai satu masa giliran aku yang menyediakan menu malam..alamak!bingkas sahaja telego(jenama telefon) ku capai..menaip butir2 perkataan dan untuk sampai kepada penerima syaratnya berkreditlah..tiada kredit kau diam sajalah..isi pesanan ringkas kali ini tentang menu untuk malam ini ..ku hamburkan kegelabahanku pada mak..apa lah yang sesuai untuk santapan tetamu jauh itu tadi..mak pon membalas menjela tapi faham step2nya..simple gila idea mak..!!tu yang aku sayang mak tu..mak memang superb~daging sambal ..sayur goreng..muktamad..heh

dan Alhamdulillah..untuk pertama kali,resepi baru yang mak cadangkan menjadi hidangan dinner kami..tapi keluarga kak alimah tak sempat makan bersama kerana penat seharian berjaulah..namun begitu mereka jamah jugalah pada keesokkannya sebagai sarapan pagi..heheh..dannnn...mak cik tu puji masakan yang simple tu sedap sgt..daaann apa yang membuat aku tersenyum sampai nak koyak telinga ialah bilamana mak cik tu sendiri  beriya nak tahu resepi nya..alahai mak cik...resepi mak saya semua tu..tak habis2 memuji..hihi.~itu air tangan anak dara yang baru2 belajar je mak cik..bila mak cik beraksi di dapur pon tak kurang hebatnya..mak cik punya nasi ayam masih terngiang2 diingatan kami ni..pergh!macam kat kat kedai!sampai tak cukup2 lah..lagi satu mee laksa makcik petang tu.pertama kali saya kenal mee laksa tu..fuhhh..ini air tangan mak2 ni..tak dapat nak disangkal lagi..buat apa pon jadi je..ala kulli hal juta2 terima kasih lah makcik..kehadiran kalian menambah seri dan semangat kami dalam jihad ini..semoga Allah memberkati..takziah juga kepada mak cik kerana pulangnya bonda tersayang ke rahmatullah ketika bercuti di siini..ini lah bumi mehnah..siapa dapat jangka semua tu berlaku..aku rasa bertuah sebab mak cik tu sendiri hamburkan rasa sedihnya mengenangkan rasa terkilan tidak berada di sisi ibunya itu..hermmm....sesungguhnya Allah bersama dgn orang2 yang sabar~


kejutan juga dari jauh..ustazah norlela datang mesir...!!perghh cayaalah..seolahnya membenarkan dalam logiknya kata2 yang aku pernah dengar daripada pegawai selangor ..."siapa yang pernah telan air sungai nil..pasti dia akan kembali menemuinya..." diri ni pun terkejut ,teruja ,terseronoklah kan..ustazah yang febret datang ..ustazah mantiq!sememangnya musim cuti sekolah ni..cikgu cikgi habiskan masa di mesir??haha kebetulan makcik aisyah tu pon cikgu kimia..hermm.inilah aturan Allah yang MAHA KUASA dan MAHA BERKEHNDAK..apa sahaja aturan cantik tersusun indah..




ustazah bermalam di rumahku bersama anaknya wawa..badriah pun bersama..cerita dan gelak2 bersama..cuma apa yang buat aku dan bad terkilan sebab ustazah datang sekejap sahaja..namun aku rasa sangat terharu sebab perjalanan mereka tu jauh dari cairo ke aex tambahan pulak musim panas membahang ni...senggup turun furu'...bilamana semuanya kerana Allah..ukhwah fillah..dan ukhwah yang terbina itu menemukan kami semula selepas 5 tahun berlalu..tiada siapa menduga..mungkin orang yang berada dekat dengan kita tapi jarang nak dapat berjumpa..elok2 orang yang beribu jauh batunya dapat bersemuka pula tu..=)


seharian berjalan persisir pantai,..macam reunion KKBianz jer aku rasa..bazli dan muaz pon ada sama..jadi musyrif,jurukamera pelancong..hahaha..apa aku nak rasa..???hilang penat ganti bahagia..mengimbau kenangan di waktu persekolahan dulu..andai di ceritakan di sini..mungkin berjilid2 berbuku2..seronok aku lihat ustazah bawa balik kitab2 turath,,rujukan untuk anak2 didik stam..generasi yang mendatang..dan yang pastinya takkan aku lupakan kesungguhannya dalam mengajar kami mendalami ilmu..untuk benar2 faham dan berjaya sampai menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini..jasa umi tu tiada tolok bandingnya..apa lah sangat nasi lemak ikan bilis ku hari itu..sudah2lah meyebut,..malu saya ni..segan begitu..hehehhe~
   
   






akhir kalami...dalam kita leka dengan tugas sebagai penuntut ilmu,menrima tetamu atau sebagainya..marilah kita bentuk sakhsiah diri..agar lebih istiqamah menunaikan ibadah...ayuh bykkn berzikir berselawat dan berpuasa sunat semoga kita mendapat redha Allah,,kerana tanpa redhaNYA kita muflis papa kedana di akhirat sana..peringatan untukku yg selalu leka terutamanya...

عن أم المؤمنين عائشة أنها قالت : كان رسول الله يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر نقول لا يصوم، وما رأيت رسول الله إستكمل صيام شهر قط إلا رمضان، وما رأيته فى شهر أكثر منه صياما فى شعبان.

Maksudnya- Drpd Saidatina Aisyah r.a. beliau berkata : "Rasulullah s.a.w. tatkala b'puasa kami mengira Baginda s.a.w. tidak b'puasa, dan tatkala Baginda s.a.w. tidak b'puasa kami mengiranya b'puasa, dan tidak ada puasa yg paling sempurna aku lihat Baginda s.a.w. mengerjakannya melainkan puasa Ramadhan, dan tidak ada bulan yg byk Baginda s.a.w. b'puasa selain drp bulan Sya'ban"

~~AHLAN YA SYA'BAN
اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان..

Thursday, March 21, 2013

hampir ke situ~



suhu di luar tak sama dengan suhu dalamanku..bibirku kering pedih..tambah pedih lagi bila berbaur saliva yg ku rasa tawar ni...semua tiada rasa lagi..semuanya~
oh demam kah aku ni??
lama tak jumpe denganmu duhai demam..penanganmu itu membuatkan sekali dah ketemu lemah kholis seluruh badanku..kalah orang bercinta *memandai jer

ubat bermacam jenis di meja telah ku telan..kebahnya hanya sementara~
perlahan lahan ku tarik selimut hijau ni kemudian baring..rehat sekejap mata yang berterusan berair ni..pejam~
ku kira ini semua ujian dr NYA..basahkan lidah bi istighfar ,sebut nama Allah selalu..secara automatik mengenang dosa lalu..* ceiling putih direnung jauh hampir menembusi langit biru~

laptop letak tepi,tisu yg habis,sapu tgn mengganti tempat disisi..
tahan sedikit lagi,sedikit sahaja lagi..soh sehhh sohh~Allah
waktu begini hanya mengingat mati..hairannyanya tidak pula mati itu diingat di kala sihat tempohari..nahh itulah hikmahnya di datangkan ujian begini...
karakter sebenar muncul saat seseorang itu ditimpa kesulitan dalam ujian..itu yg ku pelajari di slot ibrah kelmarin via ikim.fm...maka ,termuhasabahlah sang kerdil ini~

bulan yang lalu..seperti yg biasa,setiap minggu pasti aku akn menelefon bonda dan keluarga..itupon klo line sgt berbaik hati ..selalunya baik hatilah..*bodek jap

mak anak..terjadinya fitraah yang Allah anugerahkan ..satu deria..yang mana deria keenam kebanyakan orang berkata..manakan tidak !mak yang mengandungkan..so,sebahagian drpd daraah dan haemoglobin yg mengalir segenap tubuh ku ini dari yang tersayang..dari dia,..emak..omma..panggilan orang kogheea *korea eja bg betul2 laah!*

suatu ketika,berminggu2 jugalah aku terskip untuk berhubung dengan family..
line ok je terus telepon..berkedip2 warna hijau di lowrate tu..wah ,cantik lah!
walaupon aku tahu dah agak lewat mlam waktu itu..*ini rindu membuak2 punya pasal~
time tu aku sihat wal afiat lah..ternyata mak pon merinduiku...rinduku berbalas...lama tak dgr suare akk katanya..aku membalas "mak pun lama tak bagi mesej letop..kami ketawa...aku suke bukk speaker but bukan pekak pon..tidak juga nk cewi atau nk kejut ahli beiyt yg sedang berdengkur lenanya..tidak3x.!!.,realitinya supaya ak dpt record balik suara org jauh..bile rindu bertandang..mainkan sahaja bile line cube mencemburui..
waktu tu,mak asyik bertanyakn  kesihatanku..3 4 kali gak lah..jarang begitu..jarang sekali tp ak jwab je bg hilang gusar di hatinya..ye mak akak sihat je ni..syg mak..gelak2..=D

sudah masak gamaknya..anknya ini sokmo je sakit..dr kecil lagi..mcm2 klinik da ziarahlah..maklum lah antibody xbpe nk power..tidak pula aku ceritakn semuanya yang aku alami..mak abah mudah risau..itu aku megerti..semua nya itu tanda sayangnya mereka terhadapku..bahagia

sebelum aku ke mari pon,,pesan sgt supaya jge diri..jadi makin lama aku pandai da berdikari.abah pon kata akk da matang dan makin comel..*itu tak bleh blah tetibe muke menhn merah..haha*
herm..tidak seperti dlu bila mana ada di samping mereka tatlkala aku sakit..insan ini pasti bertanya..kat mana yang akk sakit?..sabar ye..minum air masak ni byk2 sikit..mereka berjaga malam..mengurut , memicit dan melayan kerenah ku..aku dapat perhatikan kasih sayang mereka ini bukan pada diriku sahaja..adik2 ku pn diberi sama rata..Allah..terima kasih ya Allah..
ampunkan mereka,peliharalah mereka di dunia dan akhirat..*bercita2 pula menjadi sepeti mereka yg sabar dgn hal ank2..

abah pula...klo ak da teruk sgt,.pulgnye dr kerja terus dikejrkn ak ke klinik,.rsenye tak hilang lg lelahnye di padang golf tu,,tak sampai hati jugalah kite pon..
bile sampai kaunter pembyaran ubt..abah hulurkan duit membayar pada yg berkenaan..sekping not 50 ringgit dihulurkn pulngnye resit/bil ubt2an sahaja buknnya balance dr td.. dan ku tahu waktu itu adalah gaji hariannya hari itu..ku pandang abah,,habis gaji abah hari ni,,*flashback*memndg ubat2 itu sekaligus menampkkan peluh keringt yang mengalir dr susuk tubuh abah yg tough tu..abah tersenyum,"ingt tu ubt mkn bile,jgn khayal je,lpas solt bce Al fatihah niatkan sembuh penyakit2 akk"..abah oh abah dalam teguranye itu selalu selit usiknnya...

begitulah sedikit sebanyak..bukan nak mengadu..tp suka ku berkongsi cerita...rindu pasti rindu...Alhamdulillah ala kulli hal...moge coretan ini menambah semgtku untuk terus berjuang..tidak berpoya2 lagi..jia you!!!


Saturday, March 16, 2013

setulus hati~



tiada yang menjadi impian...selain rahmat kasih Mu Tuhan,,
yang terbias dari ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman...~


          berkali lagu itu menjadi ulangan di iTunes..sebuah pertemuan by unic...
kenapa ya..??haha aku pon tak tahu..layan kan sahaja..
kerana sedikit masa lagi aku akan kehilangan insan yang pernah hadir dalam hidup aku..hilangnya mungkin sementara,mungkin selamanya,tak siapa pun tahu atau mungkin juga jumpa di tanah air sendiri...apa sahaja kemungkinannya..telah tertakdir perpisahan buat kami~

sebenarnya aku bencikan perpisahan..ya..walau sekejap cuma pertemuan itu..bukan sekali terjadi dalam hidupku..malah mungkin pelali eh silap..mungkin lali maksudku..dan aku pasti setiap manusia juga begitu..kerana itulah fitrahnya manusia ...adat pertemuan mesti kan ada perpisahan..dan~


siapa kah insan itu...jeng jeng jeng....dialah ukhtiy ku..kak fadzilah binti abu bakar..
seorang yang ceria,kalut,sibuk sana sini,xpernah nampak dia marah,masakan dia mesti manis semanis orangnya,kek dia buat sodap...hehe..dan setiap kali jaulah..kamera dialah menjadi mangsa...menjadi pinjaman selalu..kui4



hampir tiga tahun serumah dengannya,..perkataan adik menjadi panggilan nya terhadap aku..dia satu2nya memanggil ku begitu selepas kak zainura..adik,..maisarah..begitulah..rapatkah kami?nak kata kami rapat tak juga...biasa2 sahaja..dia kurang wujud kat rumah..boleh kata 3 hari seminggu sahaja keberadaannya dek kerana kesibukannya di merata mesir ni*nampak hiperbola situ*hek..maalish kak..hakikatnya aku pon begitu jua..
nak cerita dia jarang ada kat rumah lah...erm..akan tetapi disebabkan wataknya yang gila2 itu kami mampu bergelak tawa ,bergaduh manja dan menangis bersama ,semuanya berlaku dalam waktu yang singkat sahaja...kongsi ilmu dan cerita juga bersama...adanya dia di rumah, maka kecoh lah uwais al qarni(nama rumah kami) ni..pasti merindui..ya pasti...!

namun masa yang beredar pantas itu terus memainkan peranannya,kerana itulah harga dan nilainya masa itu lebih mahal daripada emas..!tiap detik yang berlalu itu terus berlalu..sehinggalah hari ini..ukhtiku itu di takdirkan najah..dan kini sampailah sudah gilirannya untuk meneruskn perjuangan pula di negeri kelahiran sendiri ..*ayat macam skema kan?biorkan..hihik

Aku menjadi sedih..sedih yang gembira dan sedih yang sedih...faham ke??herm..lalu dipujuk jugak hati ni..jangan layankn kesedihan terhadap manusia..cintakn bunga,bungakn layu,cintakan manusia pasti pergi..maka,positifkan minda,lapangkan dada..moga ada pertemuan sekali lagi..tidak di dunia..mungkin akhirat sana...di syurga insya Allah..~

syukur kerana dia sudah berjaya..syukur kerana dapat juga berjumpa dan berkenalan dengannya..syukur kerana semuanya ku lakukan kerana Allah..kami,kita dan kamu berukhwah dan bukanlah berkawah heh...okay...teruskan tersenyum sahabat2..begini kalau boleh....(^______________________________________^)
_wailalliqo'maassalamah_





Thursday, March 7, 2013


Assalamualaikum ...setelah sekian lama memberatkan tulang untuk menaip sebarang entri..Alhamdulillah..kali ini bersua sekali lagi di alam maya seperti  yang selalunya.hehe..bukan xrajin saya ni cuma idea dan ilham tu datang ikut mood den je..
by the way apa khabarnya iman kita hari ini..??
harap sihat2 sahaja..semakin baik dari hari ke hari..
apa yang suka aku nak kongsi hari ini adalah...
hari ini hari riadhah buat aku,sahabiah2,ahli beitku di montaza dalam cuaca dingin kesuaman gitu....

Nah!lama sungguh tak bersukan,,mengeluarkan peluh,.bekumpul beramai2 menambah ukhuwah..
sungguh sernok sekali hari ni..tak tipu..
puas hati main bola baling..berkejar seluas padang berpasir,..mengejar bola pastinya..
ala setahu sekali je ni..
xsihat jugak kita kalau takde riadhah kan..
permainan lain pon tak kurang hebat jugak..
untunglah dapat mastermind yang byk idea menarik sehingga menghiburkan..
lucu sekali..!sngguhpon bilangan kami tadi itu tidaklah berapa ramai~
jadi jugalah tiga group..GenQ,SOLUSI,ALFITYAN,..

Namun dalam sanubari ini cuba bemonolog sendiri..
bila lagi..atau adakah lagi suasana yang sihat dan mahabbah yang sebegini lagi??
sedih!
kerna itu..setiap detik yang berlalu itu aku nikmati sambil mensyukuri apa yang Allah beri hari ini..
yang mendatang pastinya tidak aku ketahui..

sebenarnya penat main ni tak hilang pun lagi..
dahsyat jugak aku main tadi,xpernah sesungguh tu..
hahahaa
lebih kurang je penatnye mendaki sinai bulan lalu..

sebuah pendakian pertama selepas 5 tahun sudah di gunung ledang..
sinai~
mencabar fizikal,..di kala dini hari kaki menapak satu persatu menuju puncak..
dalam kedinginan mencecah suhu bawah 0 darjah celcius..
manis pengalaman itu..kerana mencabar ketahanaan fizikal kala sejuk membeku
awalnya aku menunggangi unta hingga di separuh perjalanan
syok!tinggi atas tinggi..lalu si unta di celahan curam..
sepertinya sudah sangat lali dengan batu2 di situ..
mujurlah malam itu bulan penuh,..
ciptaan Allah itulah yang menyuluh jalan kami 
zikir dan selawat menghiasi sepanjang itu..namun hasrat ke puncak  xkesampaian kerana digigit kesejukan hampir kebekuan yang melampau di subuh hari..

Rata2 sahabat mengeluh penat,dan tak berniat mendaki untuk kediua kali,..serik kata mereka..
aku juga..tapi memandangkan aku belum betul2 sampai puncak,dan saat matahri terbit pun xdpt nak menyaksikannya,.dek kerna awan yang melindungi..
herm..
semoga ade rezki lagi jejak ke sana..itulah harapanku~
selamat beristirehat maisarah..~mood penat sudah~

maassalamah(*___^)


Saturday, December 29, 2012





Dicember~
Malamku tidaklah seindah biasa..
Saban tahun bertemankan si dia..
Siapa agaknya??

Dicengkam kedinginan suhu yang mencecah suam2 beku gitu...
Lihaf sahaja yang sudi menjadi peneman setia waktu begini...
Rasa bercinta dengan air tak semena2..
Gasaklah orang nak kata aku tak setia...
Orang yang  faham takkan berkata apa..
Mereka2 itu tak tahu betapa sejuknya rasa...
Menusuk2 ke tulang belulang mungkin juga~

Cemburu kitab nusus adabi,lalu merengek minta dibelai manja...
Alahai..belumku sudahkan lagi penghadaman terhadapmu nusus ku...
Belum cerita lagi yang datang menggoda...
Alahai..senangnya lena,hanyut ke penghujung benua gamaknya..
Mata berpakat dengan kepala meraba bantal ...
oh ya,..minyak cap kapak pun sama bergandingan bahu nampaknya!
Then,hujung bulan sedar2 dah kembang semacam je...

Mentanglah imtihan minggu depan sahaja..
Pernah suatu ketika..
Bertemumu dalam mimpi dalam keadaan yang langsung tak bersedia..
Gundah bin gulana, cuak pulak rasanya..
Takkan kau sengaja mencipta penyesalan kedua kali maisarah????
Fikir2kanlah...huhu
chayookk!!!

 Satu malam...
lena itu ku turutkan...
setelah usai menunaikan kewajipan mendirikan yang fardhu...
Mujurlah tidak lama kerana perutku kosong mintak diisi pula selepas itu...
bangun juga lah..gagah mencari kudapan sebagai memenuhi jadual makan malamku~

Seperti biasa ..seorang sahaja...sepi..
tapi tidak pada  malam itu..!
dalam keadaan angan dan sedar aku bangun..
almari bilikku seperti diselak..seolahnya ada yang meletakkan sesuatu ke dalamnya..

aik???
siapa pula yang datang teman aku malam2 ni??
kelibat tiada,ditegur tak menyahut...
arghh..abaikan!.bicara hati..
menuju ke dapur,menurutkan nafsu ku selepas lena tadi...
kali ni bunyi kriuk2 kayu katil pulak..
Alamak!
erm..kaku sekejap dan terus menelan baki-baki nasi di dalam pinggan..
Alhamdulillah...atas rezki yg Allah beri,..
terkejut lagi!,banyak betul bunyian malam tu..ai..tikus ke??ke makhluk lain yang tak diundang???..

cuak!
tapi berani juga diri ni mengintai di bawah katil...
jejejeeeeenggg...~
Allahuakbar..kucing rupanya....
masa bila pula dia masuk???
nak ajak keluar satu hal..biasanya serasi je ngan kucing ni...
tetibe macam takut lak,sebab ni kan kucing tanah arab,,agresif dan besar giler!
rasa nk nangis pon ade...takut dicakar ke??
at the end aku bukak je pintu..umpan tulang yang dimakan tadi..
keluar lah si pencemas emosiku malam itu...
jadi dia ah teman aku malam tu..hehe~





*rindu zaman mustajid!!isk2...


salam imtihan buat semua siswa/siswi di mana jua...(^^,)

Wednesday, December 19, 2012

Alhamdulillah..atas nikmat iman dan Islam kita bersua lagi,...
herm..apa khabar iman kalian??..pembaca tegar blog yang tak berapa ni??harap kalian dalam rahmat Allah selalu..mintak juga respon mana2 yang boleh diperbaiki lagi entri yang dimuatkan..segala komentar saya menerima dengan hati yang terbuka~



kini sampai di penghujung 2012..pejam celik..sudah tiga tahun aku di perantauan...
umurku pun makin berambah..kurang sebulan lagi untuk mencecah 23 tahun..

terasa tua mungkin??tapi banyak juga terbit penyesalan sebab banyak lagi perkara yang tak dapat ku lakukan untuk membantu diri,agama,dan juga bangsa,...tak mampukah aku??ke berputus asa selalu~entahlah..
Setiap hari menghitung diri,..mana satu posisi sebenar aku di muka bumi ini..tertunduk malu..muhasabah~

Imtihan faslulawal datang lagi,seperti selalu winter mengiringi..kali ini aku nak skor mumtaz untuk nusus..3 jenis syeeir,bersama nasar adabi zaman nusus abassi ku kena hadam lunyaikan dalam otak ini...orang boleh buat..aku pon boleh buat!yeah.. ..mudah2an ye~doakan saya~

bulan ni juga aku tak ber roomate..bukan bulan pertama..alahai..akan datang aku perlu mencari gantinya...tapi akan adakah yang sudi..andainya tiada alamatnya berikat perut lah saya tahun depan...bagaimanakah agaknya nak ku cari pengganti ,peneman diri,tempat mencurah sedikit sebanyak rahsia hati..seprtinya ....aku bukan lah suka memaksa..tapi dari dulu aku sedar kalau dah terlalu baik dan percaya kan sesorang boleh jadi sesudahnya senangnya sesorang itu..terus sahaja melupakan diri ini..~

kuatlah hati ini..biar apapun yang datang kau perlu kuatkan semangat...Allah ada selalu..jangan kau lupa yang itu...


sekian...~kamar benar2 sepi kali ini~20122012#

Tuesday, December 18, 2012

:: TIGA FAKTOR PEMBENTUK KEPRIBADIAN :::

Imam, Ali r.a pernah berkata :
1. Jadilah manusia yang paling baik disisi Allah
2. Jadilah manusia yang paling buruk dalam pandangan dirimu
3. Jadilah manusia biasa dalam pandangan Orang lain

Syeh Abdul Qadir Jaelani berkata : “ Bila engkau bertemu dengan seseorang , hendaknya engkau memandang dia itu lebih utama daripada dirimu dan katakan dalam hatimu :
“Boleh jadi dia lebih baik disisi Allah daripada diriku ini dan lebih tinggi derajatnya.

Jika orang yang lebih kecil dan lebih muda umurnya daripada dirimu , maka katakanlah dalam hatimu : “ Boleh jadi orang kecil ini tidak banyak berbuat dosa kepada Allah, sedangkan aku adalah orang yang telah banyak berbuat dosa , maka tidak diragukan lagi kalau derajat dirinya jauh lebih baik daripada aku.”

Bila dia orang yang lebih tua , hendaknya engkau mengatakan dalam hati :”Orang ini telah lebih dahulu beribadah kepada Allah daripada diriku”.

Jika dia orang ‘Alim , maka katakan dalam hatimu :” Orang ini telah diberi oleh Allah sesuatu yang tidak bisa aku raih, telah mendapatkan apa yang tidak bisa aku dapatkan, telah mengetahui apa yang tidak aku ketahui, dan telah mengamalkan ilmunya”.

Bila dia Orang Bodoh, maka katakan dalam hatimu : Orang ini
durhaka kepada Allah karena kebodohannya, sedangkan aku durhaka kepada –NYA , padahal aku mengetahuinya. Aku tidak tahu dengan apa umurku akan Allah akhiri atau dengan apa umur orang bodoh itu akan Allah akhiri (apakah dengan husnul khaitimah atau Su’ul khatimah).

Bila dia orang kafir , maka katakan dalam hatimu : “Aku tidak tahu bisa jadi dia akan masuk islam, lalu menyudahi seluruh amalannya dengan amal shalih, dan bisa jadi aku terjerumus menjadi kafir, lalu menyudahi seluruh amalanku dengan amal yang buruk”. ( Nauzubillahi min zalik)

Dalam pandangan islam semua manusia itu sama, tidak dibeda-bedakan karena status sosial, harta, tahta, keturunan, atau latar belakang pendidikannya. Manusia yang paling mulia derajatnya disisi Allah adalah yang paling tinggi kadar ketakwaannya diantara mereka. Oleh karena itu sebagaian ulama berdoa dengan doa berikut :

“ YA ALLAH JADIKANLAH AKU ORANG YANG PANDAI BERSABAR DAN BERSYUKUR. JADIKANLAH AKU SEORANG YANG HINA MENURUT PANDANGAN DIRIKU SENDIRI DAN JADIKANLAH AKU ORANG YANG BESAR MENURUT PANDANGAN ORANG LAIN”
***
Ahli Bijak ketika ditanya : “ BAGAIMANA KEADAANMU? “ , Mereka menjawab :
1.Aku bersama Allah, yakni selalu melaksanakan perintah-Nya
2. Aku bersama nafsu, yakni selalu memeranginya.
3.Aku bersama dunia, yakni selalu mengambilnya sebatas yang kuperlukan.”

•* Imam Nawawi Al-Bantani “ Nashaihul Ibad