Friday, August 10, 2012



sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini...suka aku nak kongsi bab2 makanan ..ngee
mungkin sebahagian kita sudah mengetahuinya,mungkin juga ada yang tak pernah tahu ..macam aku je??
sebab sebulan ni kita hanya makan waktu berbuka dan sahur sahaja kan..
memang benar berpuasa ni banyak mendatangkan manfaat pada umat Islam..Alhamdulillah..itu juga tanda Allah sayang pada kita..kerana apa yang diperintahkan semuanya bukan sia2..hehehe..

akan tetapi dalam pada itu,manusia kuraang mengawal atau berfikir secara bijak dalam pengambilan makanan..pantang ada saja di depan mata..balun perabih semua yang ada..
jangan begitu....

ketahuilah..seribu satu macam penyakit itu berpunca dari apa yang kita makan,,..jadi ,daripada kita berusaha menjemput penyakit,lebih baik kita menghindarinya...hehe...
الوقاية خير من العلاج....(^^,)

Petua Mengawal Tahap Kolesterol  

Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacauk

annya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.








 
                                    den tak sabar tunggu musim delima....hik3..





ini pula..sunnah Nabi..




MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.





semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian..~





sakit itu kifarah dosa..sihat pula rahmat dari Allah...dan MATI...itu pasti..


bukankah lebih mudah bagi kita melaksanakan perintahNYA kalau diberi nikmat sihat itu??


bersyukurlah selalu dengan apa yang diberikan kepada kita selaku hamba yang serba dhaif ini...


selamat beramal...heheh..

Monday, August 6, 2012


"...barangsiapa menghendaki pahala di dunia,nescaya  KAMI berikan kepadanya pahala (dunia) itu,dan barangsiapa yang menghendaki pahala akhirat,KAMI berikan (pula)kepadanya pahala (akhirat) itu,dan KAMI memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
                                                   surah AL IMRAN:ayat 145.... 

18 ramadhan...

yeah..detik bersejarah mungkin??
herm..diam tak diam..natijah dah mula memunculkan kelibatnya..mula difuru'2 seterusnya kaherah, kemudian singgah dia alexandria...itulah universiti Al Azhar..~

dalam asyik menyarungkan telekung di tubuhku,membelek2 wajah di cermin,mana tahu aurat ku terzahir di situ,untuk melunaskan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH mendirikan solat maghrib semalam,mesej berbunyi..bukan dari etisalat pastinya,its from kak yatie sabah..tening3.."maii..natijah da keluar di kuliah,tolong tengokkan"....
aaaarrgghh..menjerit tetiba..seisi rumah bertanya..mengapaaaaaaaaaaaa??hahah...wah takut ni..tapi lagaknya tenang seolah tak ada benda yang menyeramkan bakal berlaku..
macam tak percaya..arghh..esok2 lah aku g tengok .,,bisik sang hati..
tiada apa yang aku mohon kepada ALLAH..melainkan supaya dikuatkan hati dan akal fikiran walau apa yang terjadi..terima!
percaya atau tidak selama dua tahun berturut2 aku najah(alhamdulillah) dan selama itulah orang lain yang mengkhabarkan berita hangit itu di telinga ini...namun tahun ini???jeng3...
lain dari yang lain,malam itu tidur lena sekali,tak rasa apa2 pun,sekurang2nya nervous la sikit..ini idak..tak tahu la apa something wrong kan...hermm..dan natijah tahun ni..tidak dapat tidak aku juga yang kena menyaksikannya sendiri tanpa sesiapa lagi..ya RABB..kau maha mengetahui...

esoknya,ikutkan ada ujian kat markaz,ada mat dpmi..jadi..awal2 pagi ramai sudah ada yang menelefon untuk meminta aku menghadirkan diri sendiri ke tempat2 tersebut.  ceh bajet vvip je aku nih..argh..sungguh aku tiada mood..
lepas sorang2 menghantar mesej,menelefon..akak2 bait pun berapa kali menyeru...maisarah pergi kuliah tengok natijah...herm..

aku pun bersiap2lah..dengan semangat yang mahu tidak mahu je ada waktu tu..naik tut2..bersama  mama dari suq..sesungguhnya tak putus2 aku berselawat dan beristighfar moga2 aku kuatlah hendaknya,jangan sampai pengsan sudah..hoho...mama tu pon sertakan doa,bile tahu aku nak pergi ke kuliah...di kuliah kak rahmah menanti..herm..kalaulah mak aku sendiri di sisi waktu tu,..just berangan..T__T~

sampai sahaja di kuliah..perlahan langkahku menyusuri mabna qodim...senyum~
taaraaaaaa!!!
heheheh..terus nampak rosibah..nama aku tak berapa jelas,hanya nama abah ngan atok je...orait..
alhamdulillah...tiga madah aku manqul...tahun satu dan dua aku lepas dengan jaya nya..alhamdulillah..
ramai gak yang najah..alhamdulillah...
jumpa lagi di tahun tiga...rupanya aku belum faqeh ilmu sorof,nahu dan nusus..belum cukup sastera aku nih..hoho. alhamdulillah..terus bersangka baik...=)
ya ALLAH..aku terima ujian ini dengan redha...aku pasrah..tapi macam mana mak dan abah ye...arghhh..dilema...

setahun extend study di bumi barakah ini..oh..kahwen pun begitulah nampaknya..LOL.. ..
bersama syahida..mungkin juga fida dan rakan tahun satu dulu..macam2 fikiran melayang..oh..ini rupanya perasaan tak najah..aku fikir sesekali jatuh bagus juga...bila terhantuk itu lah rasanya sakit..mungkin perit...ya pastinya..aku bersyukur sekali...cuma mungkin hampakan mak abah..mak maafkan akak ye..abah maafkan akak..belum cukup kuat untuk terus jadi contoh yang baik pada adik2..herm...usup online..aku ceritakan segalanya..mujurlah dipujuk hati kecil ini ,thankz bro..sebak!

moga aku dan sahabat yang lain terus diberi ketabahan,dan kekuatan...~
tiba2 rindukan hujan...biar menangis bersamaku yang kesedihan..
harapnya aku tak putus harapan menggali ilmuMU oh Tuhan...
worait semua!!!jom cari malam lailatulqadar di bulan ramadhan~~~~(^___^)




rilex & chill lah wahai qalbiy...apa yang terjadi ada hikmahnya...adatlah orang belajar..tiada kesungguhan tiadalah kejayaan..first yang patut disalahkan diri sendiri...jadi muhasabahlah berbanyak2nye..yeaayy..nak sahur pulak ni...teruskan tersenyum~  assalamualaikum..

Thursday, August 2, 2012




14 ramadhan....kalau makan kek kira separuh da habis..begitulah ramadhan. tinggal separuh je lagi??.
ohh jangan pergi..~
yang pastinya kita sudah melepasi satu fasa daripadanya,..fasa rahmat ...dan yang tinggal fasa maghfirah dan seterusnya fasa pelepasan dari api neraka..masih belum terlambat untuk kita tingkatkan ibadah kita..yuuukk!

bak kata sang murabbi dua tiga hari lepas,..nak dapat rahmat Allah..kita sendiri yang kena kasihankan diri kita dahulu,,,barulah rahmat Allah tu datang dengan sendirinya pada kita..hermmm.,..
maksudnya,kasihankan anggota badan yang Allah bagi pinjam sementara ini dari terkena api neraka jahannam,kasihankan 'mereka' ni dengan menjauhkn ia daripada melakukan kemurkaan Allah di dunia..
lalu bagaimana??herm,,jagalah semuanya itu dari melakukan maksiat,lagi pula bulan puasa ni..rasenya lebih mudah pelaksanaanya berbanding pada bulan2 lain kan?herm,,
maksudnya juga,,rasa2 or agak2 nak mencuri ingat nanti tangan ni yang akan disambar api di akhirat kelak,..
agak2 nak tinggal solat,...saksi2 ni juga yang nak menjawab di hadapan Allah kelak,,
agak2 nak bukak aurat,...bahgian itu pula nanti jadi bahan bakar di 'sana' ,..waiyya na'uzubillah...
jadi sama2lah mengasihani diri sendiri,berilah rahmat pada anggota kita dahulu..mudah2an diterima amalan2 kita sekaligus peroleh rahmat Ilahi..ameen
begitulah tazkirah yang begitu terkesan pd jiwa aku..moga2 jdi ingatan sepanjang hidupku dan  penyinggah2 blog aku yang tak seberapa ni..
semoga baki2 hari yg tinggal ni jadi manfaat sebagai bekal sebelum sampai ajal menjemput aku,kau dan kalian semua...

entah mengapa ,jiwa dan hati ni semakin menjadi2 ..
sifat ku semakin malas dari hari ke hari,,.
aku mengadu pada Tuhan setiap hari..
termenung sendiri...
banyak sungguh dosa ku ini...
bila nak berubah jadi lebih baik dan bersemangat mendekatkan diri padaMU ya RABBI ,,..
aku minta jalan dan kekuatan daripadaNYA,..
sungguh,,!
teman yang baik itu adalah cermin diri yang serbi dhaif ni.
bila bertanyakan apakah sahaja ubat  malas itu,apakah wujud di farmasi??
jawapan dari dia..simple..walaakin jatuh menjunam terkonkrit di hati...
"betul?tak menyesal nak tahu?MATI je ubatnya,,"tu jawapan yang di beri..
dahsyat,,sentap aku tatkala kalimah itu mengalir ke kepala otak aku ..err cuba ingat balik belajar biologi dolu2 receptor ke saraf ke entah la..
fikir!
seorang sahabat membuka mata ku..buka mata dari lena yang panjang lagaknya..ahhh gasaklah buka macam mana pun..
jawapannya mudah tapi mendalam sekali..tak payah cakap banyak...harapnya aku mengerti..
ye..mati..kalau da malas ,semua orang yang kena urus kan bukan??kapankan,mandikan,kuburkan..talkinkan..ya ALLAh ampunkan aku..
herm,,termenung lagi...terima kasih sahabat!

sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "




dan malam ini...eh tak dinihari ini..
lama rasa nya tak marah..astaghfirullah~
bukan niat nak marah..atau sengaja menghadirkan marah itu..shuuuuuuuuuuh la kau!
tapi mungkin lama rasanya orang tak cari pasal ngan aku kan..
tp malam tadi sedikit diuji..dengan siapa,,??erm biarlah menjadi rahsia..seribu satu hikmah yang menjelma...
malam itu juga ,berkunjungannya pemilik rumahku..baba n mama..
meng'cheking' segenap ruang rumah..balkoni,peti ais dan macam2 lagi..
dan hadaf mereka cuma islah hanafiah je sebenarnya..alang2 tengok yang lain sekali,,mungkin..
ku dan kak piah turutkan saja..

hati tersuntik..
ambik kau dos kasihaaann bisik sang hati..
lemahnya tubuh seorang yang sudah berumur..
lantas timbul kesedaran dalam diri..lantas teringat selepas dan sebelumnya lima perkara..salah satunya berada di depan mata...muda sebelum tua..
ya ..akulah pemudi itu..mungkinkah harapan bangsa???tepuk dada tanya iman,tanya bangsa layakkah aku...~
ah..bukan itu yang nak aku coretkan..

tapi si dia..
tua,berumur,menggigil,hampir seluruh  rambutnya memutih menenggelamkan rona kehitaman yang berbaki..hanya analisa daripada pemerhatian pancainderaku sahaja..
tapi dia punya kemahuan,punya kudrat..
sedaya upaya membetulkan paip di sinki itu..peluh di musim panas ni tak jemu2 menyinggah,meskipun pada seseorang yang berusia...ada pengecualian ke?  cepat2 aku pasangkan kipas untuknya..
air dari paip masih mengalir lagi .tap tap tap..ish degil tul air ni..tu yang bil mencanak naik tetiba tuh.
herm,ikutkan hati nak je hulurkan bantuan dan cakap baba takpe biar kami je yang buat,baba rileks je okay,..bukan apa kasihankan dia menggeletar.
kerana kami melihat ,memikirkan dan memahami keadaannya seperti tidak mampu melakukannya ..tapiiii..dia sepertinya bersungguh melakukan,...sehinggalah ditanya itu ini...
selaku pemudi,apa yang disuruh kami turutkan..
iqfil muwayyah katenye,,pergilah kita..iftah!amarnya...kite pun pulas la lagi ..ulang alik kamar dapur ke ruang tamu.sampaikan dia sendiri pula tiba2 ulang alik buka dan tutup paip utama..
kasihan bukan..??sungguh! kami bukanlah pembuli...huhu
sampai la satu ketika muncul anak lipas..lucu siehh..!
bagiku,mencuit hati dan sanubari..baba juga cuba nak ketuk makhluk Allah yang cilik itu dengan cara tersendiri..geram gamaknya..
heheh..comel hangpa tau dak???!!herm..macam atok2 ja..ok i'm missing them like crazy at tmn dato hormat sana...Arghh..moga sejahteralah mereka di tanah air sana...ya ALLAH beri kesihatan yang baik untuk atok,dan wan ku..erm..hanya doa yang mampuku titipkan....T__T
berbalik pada story baba tadi..akhirnya dia suruh aku ke kedai membeli salur kepala paip yang baru..turun la kejap..fuh! kedai dah nak tutup dah la!sempat..naik semula..akhirnya kira2 1.35 pagi mereka berdua mengundurkan diri,esok datang lagi...baarakallahufiik...syukran duhai baba..susah payahmu kami hargai..
dalam hati sempat berdoa ya Allah peliharalah mereka...

malam jumaat yang berkat dan  aneka rasa..
selepas itu tak dapat lelapkan mata..
bersiap2 untuk sahur pula..
dapatlah bersahur bersama..dengan kak piah yang cunz gileee...
gembira gamaknya ada yang teman sahur bersama...
Alhamdulillah..bakso lazat umi jadi santapan kami berdua..
berdua bercerita,maka terlakarlah kenangan secara tak sengaja...

muhasabah di sebalik kisah aku ni..
sebagai rumusan..yang lidah ini belum petah sepenuhnya dalam menuturkan kalimah2 arab..
apatah lagi memahami kalimah ammi sepenuhnya..
aduii...tolonglah fasih...berat sangat mulut tu dah kenapa??
mungkin itu yang perlu diperbaiki dari hari ke sehari..
kalau paip pun boleh islah apa lagi pertuturan billughatul arabiah..buat malu kat paip jelah!tetibe..
moga tak susah di kemudian hari...doakan daku ya!!ameen...
ok,camtulah..sayang kat korang..!(^^,)

cukuplah untuk hari ni...sehingga ketemu lagi..just remember,dont forget 'jaga hati'~





atok  & wan kesayangan..
ku tahu mereka tak jemu mendoakan..
mahukan yang terbaik untuk cucu pertama ini..
Ya ALLAH limpahkan kasih sayang buat mereka yang melahirkan kedua orang tuaku...
ameenn