Tuesday, February 14, 2012

hati menangis~

Bismillah..~

Assalamualaikum...buat semua ,.semoga dalam pemeliharaan ALLAH senantiasa..apa khabar iman kita hari ni???sihat??bagaimana solat kita hari ini???sempurna???bagaimana organ kita hari ini???adakah kesemuanya bersedekah dan berjuang menegakkan Islam???ya...segala persoalan ini buat aku muhasabah setiap hari...supaya menjadi manusia bermanfaat dan hamba yang sejati buat penciptaNYa..ternyaata masih sangat lemah diri ni..tapi Allah bagi gak peluang hidup..beri kita nafas tuk apa ya??untuk memperbetulkan diri sebelum kembali ke pangkuanNYA...ya cari bekalan ,tambah dan perelokkan apa yang kurang...hermm..mudah2an~

Alhamdulillah ..kali ni dapat juga bertemu kalian meskipun dalam alam maya..buat julung2 kalinya aku merajinkan setiap jari jemari yang Allah pinjamkan ni..untuk ku coretkan apa yang aku rasa perlu tuk ku coretkan..Alhamdulillah..Alhamdulillah Alhamdulillah..Lama rasa nya ku pendamkan hasrat untuk mencipta blog sendiri..(selama ni dok bace blog org)..ternyata semuanya blog yang ku lawati best2 dan entri yang menarik belaka!(ye la.. da tu camne lak ada rase keinginan nak bace ye dok??)jadi saya budak baru la ni,,(freshy la kununnnn..ceh!)Dalam erti kata lain..banyak yang aku perlu belajar dalam bidang blogging ni..(asyik tulih diari je kan coz ianya nampak lebih manual..huhuh)..

Erm,,dan malam ni agak emosional..sangat2 terasa nak menangis,,..apakaah??ya...perlu banyak menangis!!kurangkan ketawa!..ataupun naluri wanita semata???amboi boi boi..jangan kau kira lelaki ke perempuan!..keduanya perlu menangis juga lah ...erm,,jadi ,apa pasal kau nk menangis sangat ni??erm..sejak kebelakangan ini,macam2 hal berlaku...apa yang paling ketara ialah apa yang telah berlaku di syria sekarang..hakikatnya da lapan bulan berlanjutan...lalu muncul di benak hati.,,sedangkan mereka saudara kita..tapi apa saje yang kita dapat sumbangkan untuk bantu saudara mara kita di sana.???.melihatkan keadaan mereka di ruang media memaparkan penderitaan kanak2 yang tak berdosa terbunuh oleh Basyar Assad yang zalim dan tumpahnya darah di sana sini..Ya ALLAH..pemimpin apakah itu??sanggup betul melihat dan biarkan rakyat menjadi sebegitu rupa!!..sangat sedih mengenangkannya..apa yang pasti,..syurga istimewa menanti buat para syuhada'..INSYAALLAH~

Berat mata ku memandang,..berat lagi apa yang mereka rasa...besar lagi jiwa mereka dalam pertahankan maruah wanita,keluarga,dan agama pastinya..itulah hakikatnya.,bila mengenangkan,aku di sini sudah dekat dengan mereka..kadang terasa seperti jiran sahaja dan aku???duduk diam membisu...ampunkan aku Ya ALLAH...tatkala menyuapkan makanan ke mulut terfikirkan mereka..lalu ,jatuh jua butir jernih itu...isu palestin belum pun selesai dengan Israelnya..muncul pula revolusi yang dikatakan berjangkit di kawasan Timur Tengah..ya,,setahun yang sudah pulangnya aku ke tanah air dengan tiket free..kerana revolusi yang berlaku di mesir..dengan mata kepala aku menyaksikan semangat orang arab yang sangat tak mahunya pemimpin yang sebegitu rupa..!!!sampai la sekarang,...dan aku juga percaya ini kebanyakan nya adalah agenda orang barat kerana menunggu peluang mengaut apa yang tak puas di kaut oleh mereka selama ini...fuh geram je!!dan tidak dapat tidak kita juga dapat melihat ianya petanda besar ,pertumpahan darah dan saling berbunuhan sesama manusia,hilang pertimbangan,hilang keperimanusian..sesungguhnya kiamat sangat menghampiri kita!

Jadi,dalam mengejar kesibukan dunia..yang bekerja siang ke malam..yang belajar pergi pagi dan balik kuliah or talaqi petangnya...jangan lupakan apa yang berlaku di sekeliling kita...Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"...maka.,caknalah segala isu umat Islam..dan apa yang perlu kita lakukan selaku orang Islam,lakukanlah..mari sama2 doakan saudara kita di Syria dan saudara kita yang ditindas,hulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan,dan sebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.Mungkin tak banyak kita dapat tolong tapi percayalah jika dilakukan bersama2 nescaya pihak musuh pun takut melawan..semoga Allah memberi kekuatan pada sekalian umat Islam di akhir zaman ini untuk menentang golongan yang zalim ini..ameen...takbir!!ALLAHUAKBAR~

Menutup pembukaan entri blog ku ini,..apa yang dapat untuk aku nukilkankan...hati ini menangis melihatkan wajah2 yang tak berdosa terkorban,..hati ini menangis membayangkan apa yang dirasakan oleh mereka sekarang..hati ini menangis melihatkan teguhnya pendirian mereka menentang berhabis-habisan..hati ini menangis lagi..adakah aku mungkin sekuat itu seandainya diri ini berada di tempat mereka...mengimpikan syurga ALLAH tp usahaku dalam mendekatkan diri kepadaNYA tak sebanyak mana...syahid juga cita2ku,...erm..moga di rezkikan sebagai syahidah di akhir hayatku...ameen...sekian..sehingga ketemu lagi ya..wa ilalliqo'!(^_^)


http://www.facebook.com/notes/muhammad-nur-aufa/syriaapa-yang-berlaku-sebenarnya/351949711502546