Saturday, September 29, 2012

oh kehidupan...
dunia yang begitu memalsukan...
apa yang dilihat dari pandangan ..
hanya satu khayalan..

hari ini aku belajar satu dari kehidupan..
tak lain tak bukan
kalau bukan kematian..

bila iyanya hilang dari ingatan..
manusia hilang arah dan pedoman..
selalu sahaja melakukan kemungkaran Tuhan..

hari ini seorang yang ku kenali sudah meninggalkan...
moga rohnya dikalangan yang beriman..

dalam asyik dengan hiburan...
supaya jangan lebih dari batasan..
ingat pula giliran diri diusungkan...
ke tempat asal kita dijadikan

semoga roh akak  dalam aman sejahtera,
terus mengimbau kenangan kita bersama..
walau tak begitu lama...
akak lah yang paling sempoi dan ceria...
tapi ALLAH sayangkan akak lebih dari segala..
hati ini redha menerima ketentuan drNYA..

 AL FATIHAH~
....buat semua insan yang telah pergi dan bakal pergi...

Saturday, September 15, 2012



Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan HATI,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana, sekali kau memberi,
Selamanya dia di HATI,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati~

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan HATI,
Berikan ia hanya pada insan
Yang tahu menghargai,
Sebab nilai sekeping HATI
Amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat
Hati terasa dinodai~






aku..
hamba yang belum sempurna..
dan tak akan pernah sempurna....






Monday, September 10, 2012


"vacuum mana vacuum???habis bersawang dah ni,bawak mari sini lekas!"arah seorang pengarah tak bertauliah..hahah..very nice..kira2 berapa abad dah aku tak menhapdate blog ni...banyak benoo da sawang-sawangnya,andai wujud sang labah2 tu siap buat kondominium bagai habaq kat hang...haish!ini semua salah line internet,salah pak cik2 arab tak betulkan line kami ni...grrr..nak marah tak guna..dah jadi~
nak jadi cerita,malam raya tak dpat webcam ngan family tercinta,frust tunggang terbalik!tak dapat nak mengupdate status fb,twitter,yahoo messenger..arghh semua2 la yang berkaitan internet2 ni...entah apa masalah yang melanda aku sendiri pun tak ketahuan..aku terima sebagai ujian..apalah yang nak heran??inilah masanya tuk kau mengupdate segalanya pada TUHAN,tanpa sebarang gangguan...hehe
makanya,terpaksalah aku melaburkan duit ,masa ke cyber cafe,rindu juga kat kakak yang jaga kaunter kat cc magic tu..ahahahai~

Aku tetap bersyukur apa yang terjadi,biar pun terputus hubungan maya,ingatan dalam hati ini biar tersemat kemas pada yang jauh di mata..yeah,dua tiga hari sebelum syawal menjelang,kak padi menunaikan janjinya untuk menghasilkan kuih raya bersama2,aku pun sangat2 bersemangat mengemas rumah ,mengubah perabot (sebijik perangai mak aku)mengemop bagai...cuma langsir je yang tak ku ubah(den bukan orang kayo ,pakai apa yang ada sudah),..haha beriya betul aku nak beraya,dalam pada berpuasa dan bertarawih serta ibadah lain sama~kak piah dan jihan pun menolong sama memasak juadah raya..inilah sahaja ahli beit ku menggantikan keluarga yang jauh di mata...serius rindu!

erm,dalam pada tu juga,kami dikunjungi oleh dua orang makcik,..sedang berulang alik ke dapur membakar kuih malam itu,mereka datang bertandang ,bermalam dan menumpang di rumah kami,niat bercuti di sini,..tetiba hati berbunga riang..apa?ada orang malaysia selain student duk sama kita??seronok!!!!ingatkan kami bertiga jelah di ambang raya ni...hihikk..habis kitorang ajak mak cik2 tu ke suq,dan markaz dpmi...yang selainnya ustaz hafiz uruskan bawa ziarah sekitar alexandria...
rupanya macam2 tempat dan negara dah makcik tu jelajah,..mak cik ida dan mak cik ani..tak lokek dengan senyuman,nasihat kongsi pengalaman dan pedoman ..lebih menekankan pada kami supaya tidak menyia2kan masa di sini..belajar dan terus belajar apalagi menguasai bahasa arab supaya lebih fasih kerana di negara sendiri sangat memerlukan orang seperti kami..aku tercabar ....baik mak cik,(^__^)kenangan bersama kalian takkan aku lupakan...kena baca surah Ad duha sambil menyusun kuih depan makcik..kau hado??err..hihi


tapi,makcik2 tu tak bercadang beraya bersama kami,,apa boleh ku katakan..baru nak rasa kehadiran orang tua di sisi raya ni,..tapi nak buat macam mana, jumaat terakhir ramadhan mak cik tu bertolak ke kaherah..sob3,sedih sieh!tak apalah,itulah adat pertemuan pastikan ada perpisahan...kesedihan itu diganti dengan jemputan maidah rahman di masjid uthman..hik3..Alhamdulillah..rezeki minallah..

kuftah=)




herm,pagi raya...alkisah..hajat hati kecil ini tersangatlah mahu solat raya dengan pak2 arab dan mama2 arab...tapi tak kesampaian..siapakah hamba Allah yang menghampakanku ini??herm..akak2ku lah,siapakah lagi..lambat sangat bersiap..hoho..raya di perantauan lagi kali ini..entah ke berapa kali..baju raya pun biasa2 je,ala kat mesir ke malaysia ke biarlah peryaan itu di sambut secara sederhana...berjemaah solat raya di markaz berimamkan ustaz akli.takbir raya pagi itu begitu syahdu,melayang fikiranku mengenangkan keluarga di sana..familiy aku waktu itu on the way ke kuala selangor..dan apa yang terjadi pada kami,,tahun ni jemputan rumah terbuka semua atas sekali..pergh..first raya memanjat tangga!sejarah tuuuu..paling menarik aku rasa naik tut2 tujuh orang from mandarah to assofiroh..amacam.??.hihik.herm....bila balik rumah rasa nak pakai ogawa je..kikih...tak mengapalah itu semua demi ukhwah sesama insan,kenangan manis kami,kak piah,kak padilah dan jihan...itulah sedikit sebanyak tentang raya aidilfitri tahun ni...ketupat tak de,biskut arab takde...mak pos sini..pleaseeeeeeeeeeee~uhuk..

dalam tut2..






sekian dari hamba yang kerdil..udah ngantuk bangat....sehingga ketemu lagi..terima kasih wifi jiran..hik3..