Thursday, March 21, 2013

hampir ke situ~



suhu di luar tak sama dengan suhu dalamanku..bibirku kering pedih..tambah pedih lagi bila berbaur saliva yg ku rasa tawar ni...semua tiada rasa lagi..semuanya~
oh demam kah aku ni??
lama tak jumpe denganmu duhai demam..penanganmu itu membuatkan sekali dah ketemu lemah kholis seluruh badanku..kalah orang bercinta *memandai jer

ubat bermacam jenis di meja telah ku telan..kebahnya hanya sementara~
perlahan lahan ku tarik selimut hijau ni kemudian baring..rehat sekejap mata yang berterusan berair ni..pejam~
ku kira ini semua ujian dr NYA..basahkan lidah bi istighfar ,sebut nama Allah selalu..secara automatik mengenang dosa lalu..* ceiling putih direnung jauh hampir menembusi langit biru~

laptop letak tepi,tisu yg habis,sapu tgn mengganti tempat disisi..
tahan sedikit lagi,sedikit sahaja lagi..soh sehhh sohh~Allah
waktu begini hanya mengingat mati..hairannyanya tidak pula mati itu diingat di kala sihat tempohari..nahh itulah hikmahnya di datangkan ujian begini...
karakter sebenar muncul saat seseorang itu ditimpa kesulitan dalam ujian..itu yg ku pelajari di slot ibrah kelmarin via ikim.fm...maka ,termuhasabahlah sang kerdil ini~

bulan yang lalu..seperti yg biasa,setiap minggu pasti aku akn menelefon bonda dan keluarga..itupon klo line sgt berbaik hati ..selalunya baik hatilah..*bodek jap

mak anak..terjadinya fitraah yang Allah anugerahkan ..satu deria..yang mana deria keenam kebanyakan orang berkata..manakan tidak !mak yang mengandungkan..so,sebahagian drpd daraah dan haemoglobin yg mengalir segenap tubuh ku ini dari yang tersayang..dari dia,..emak..omma..panggilan orang kogheea *korea eja bg betul2 laah!*

suatu ketika,berminggu2 jugalah aku terskip untuk berhubung dengan family..
line ok je terus telepon..berkedip2 warna hijau di lowrate tu..wah ,cantik lah!
walaupon aku tahu dah agak lewat mlam waktu itu..*ini rindu membuak2 punya pasal~
time tu aku sihat wal afiat lah..ternyata mak pon merinduiku...rinduku berbalas...lama tak dgr suare akk katanya..aku membalas "mak pun lama tak bagi mesej letop..kami ketawa...aku suke bukk speaker but bukan pekak pon..tidak juga nk cewi atau nk kejut ahli beiyt yg sedang berdengkur lenanya..tidak3x.!!.,realitinya supaya ak dpt record balik suara org jauh..bile rindu bertandang..mainkan sahaja bile line cube mencemburui..
waktu tu,mak asyik bertanyakn  kesihatanku..3 4 kali gak lah..jarang begitu..jarang sekali tp ak jwab je bg hilang gusar di hatinya..ye mak akak sihat je ni..syg mak..gelak2..=D

sudah masak gamaknya..anknya ini sokmo je sakit..dr kecil lagi..mcm2 klinik da ziarahlah..maklum lah antibody xbpe nk power..tidak pula aku ceritakn semuanya yang aku alami..mak abah mudah risau..itu aku megerti..semua nya itu tanda sayangnya mereka terhadapku..bahagia

sebelum aku ke mari pon,,pesan sgt supaya jge diri..jadi makin lama aku pandai da berdikari.abah pon kata akk da matang dan makin comel..*itu tak bleh blah tetibe muke menhn merah..haha*
herm..tidak seperti dlu bila mana ada di samping mereka tatlkala aku sakit..insan ini pasti bertanya..kat mana yang akk sakit?..sabar ye..minum air masak ni byk2 sikit..mereka berjaga malam..mengurut , memicit dan melayan kerenah ku..aku dapat perhatikan kasih sayang mereka ini bukan pada diriku sahaja..adik2 ku pn diberi sama rata..Allah..terima kasih ya Allah..
ampunkan mereka,peliharalah mereka di dunia dan akhirat..*bercita2 pula menjadi sepeti mereka yg sabar dgn hal ank2..

abah pula...klo ak da teruk sgt,.pulgnye dr kerja terus dikejrkn ak ke klinik,.rsenye tak hilang lg lelahnye di padang golf tu,,tak sampai hati jugalah kite pon..
bile sampai kaunter pembyaran ubt..abah hulurkan duit membayar pada yg berkenaan..sekping not 50 ringgit dihulurkn pulngnye resit/bil ubt2an sahaja buknnya balance dr td.. dan ku tahu waktu itu adalah gaji hariannya hari itu..ku pandang abah,,habis gaji abah hari ni,,*flashback*memndg ubat2 itu sekaligus menampkkan peluh keringt yang mengalir dr susuk tubuh abah yg tough tu..abah tersenyum,"ingt tu ubt mkn bile,jgn khayal je,lpas solt bce Al fatihah niatkan sembuh penyakit2 akk"..abah oh abah dalam teguranye itu selalu selit usiknnya...

begitulah sedikit sebanyak..bukan nak mengadu..tp suka ku berkongsi cerita...rindu pasti rindu...Alhamdulillah ala kulli hal...moge coretan ini menambah semgtku untuk terus berjuang..tidak berpoya2 lagi..jia you!!!


Saturday, March 16, 2013

setulus hati~



tiada yang menjadi impian...selain rahmat kasih Mu Tuhan,,
yang terbias dari ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman...~


          berkali lagu itu menjadi ulangan di iTunes..sebuah pertemuan by unic...
kenapa ya..??haha aku pon tak tahu..layan kan sahaja..
kerana sedikit masa lagi aku akan kehilangan insan yang pernah hadir dalam hidup aku..hilangnya mungkin sementara,mungkin selamanya,tak siapa pun tahu atau mungkin juga jumpa di tanah air sendiri...apa sahaja kemungkinannya..telah tertakdir perpisahan buat kami~

sebenarnya aku bencikan perpisahan..ya..walau sekejap cuma pertemuan itu..bukan sekali terjadi dalam hidupku..malah mungkin pelali eh silap..mungkin lali maksudku..dan aku pasti setiap manusia juga begitu..kerana itulah fitrahnya manusia ...adat pertemuan mesti kan ada perpisahan..dan~


siapa kah insan itu...jeng jeng jeng....dialah ukhtiy ku..kak fadzilah binti abu bakar..
seorang yang ceria,kalut,sibuk sana sini,xpernah nampak dia marah,masakan dia mesti manis semanis orangnya,kek dia buat sodap...hehe..dan setiap kali jaulah..kamera dialah menjadi mangsa...menjadi pinjaman selalu..kui4



hampir tiga tahun serumah dengannya,..perkataan adik menjadi panggilan nya terhadap aku..dia satu2nya memanggil ku begitu selepas kak zainura..adik,..maisarah..begitulah..rapatkah kami?nak kata kami rapat tak juga...biasa2 sahaja..dia kurang wujud kat rumah..boleh kata 3 hari seminggu sahaja keberadaannya dek kerana kesibukannya di merata mesir ni*nampak hiperbola situ*hek..maalish kak..hakikatnya aku pon begitu jua..
nak cerita dia jarang ada kat rumah lah...erm..akan tetapi disebabkan wataknya yang gila2 itu kami mampu bergelak tawa ,bergaduh manja dan menangis bersama ,semuanya berlaku dalam waktu yang singkat sahaja...kongsi ilmu dan cerita juga bersama...adanya dia di rumah, maka kecoh lah uwais al qarni(nama rumah kami) ni..pasti merindui..ya pasti...!

namun masa yang beredar pantas itu terus memainkan peranannya,kerana itulah harga dan nilainya masa itu lebih mahal daripada emas..!tiap detik yang berlalu itu terus berlalu..sehinggalah hari ini..ukhtiku itu di takdirkan najah..dan kini sampailah sudah gilirannya untuk meneruskn perjuangan pula di negeri kelahiran sendiri ..*ayat macam skema kan?biorkan..hihik

Aku menjadi sedih..sedih yang gembira dan sedih yang sedih...faham ke??herm..lalu dipujuk jugak hati ni..jangan layankn kesedihan terhadap manusia..cintakn bunga,bungakn layu,cintakan manusia pasti pergi..maka,positifkan minda,lapangkan dada..moga ada pertemuan sekali lagi..tidak di dunia..mungkin akhirat sana...di syurga insya Allah..~

syukur kerana dia sudah berjaya..syukur kerana dapat juga berjumpa dan berkenalan dengannya..syukur kerana semuanya ku lakukan kerana Allah..kami,kita dan kamu berukhwah dan bukanlah berkawah heh...okay...teruskan tersenyum sahabat2..begini kalau boleh....(^______________________________________^)
_wailalliqo'maassalamah_





Thursday, March 7, 2013


Assalamualaikum ...setelah sekian lama memberatkan tulang untuk menaip sebarang entri..Alhamdulillah..kali ini bersua sekali lagi di alam maya seperti  yang selalunya.hehe..bukan xrajin saya ni cuma idea dan ilham tu datang ikut mood den je..
by the way apa khabarnya iman kita hari ini..??
harap sihat2 sahaja..semakin baik dari hari ke hari..
apa yang suka aku nak kongsi hari ini adalah...
hari ini hari riadhah buat aku,sahabiah2,ahli beitku di montaza dalam cuaca dingin kesuaman gitu....

Nah!lama sungguh tak bersukan,,mengeluarkan peluh,.bekumpul beramai2 menambah ukhuwah..
sungguh sernok sekali hari ni..tak tipu..
puas hati main bola baling..berkejar seluas padang berpasir,..mengejar bola pastinya..
ala setahu sekali je ni..
xsihat jugak kita kalau takde riadhah kan..
permainan lain pon tak kurang hebat jugak..
untunglah dapat mastermind yang byk idea menarik sehingga menghiburkan..
lucu sekali..!sngguhpon bilangan kami tadi itu tidaklah berapa ramai~
jadi jugalah tiga group..GenQ,SOLUSI,ALFITYAN,..

Namun dalam sanubari ini cuba bemonolog sendiri..
bila lagi..atau adakah lagi suasana yang sihat dan mahabbah yang sebegini lagi??
sedih!
kerna itu..setiap detik yang berlalu itu aku nikmati sambil mensyukuri apa yang Allah beri hari ini..
yang mendatang pastinya tidak aku ketahui..

sebenarnya penat main ni tak hilang pun lagi..
dahsyat jugak aku main tadi,xpernah sesungguh tu..
hahahaa
lebih kurang je penatnye mendaki sinai bulan lalu..

sebuah pendakian pertama selepas 5 tahun sudah di gunung ledang..
sinai~
mencabar fizikal,..di kala dini hari kaki menapak satu persatu menuju puncak..
dalam kedinginan mencecah suhu bawah 0 darjah celcius..
manis pengalaman itu..kerana mencabar ketahanaan fizikal kala sejuk membeku
awalnya aku menunggangi unta hingga di separuh perjalanan
syok!tinggi atas tinggi..lalu si unta di celahan curam..
sepertinya sudah sangat lali dengan batu2 di situ..
mujurlah malam itu bulan penuh,..
ciptaan Allah itulah yang menyuluh jalan kami 
zikir dan selawat menghiasi sepanjang itu..namun hasrat ke puncak  xkesampaian kerana digigit kesejukan hampir kebekuan yang melampau di subuh hari..

Rata2 sahabat mengeluh penat,dan tak berniat mendaki untuk kediua kali,..serik kata mereka..
aku juga..tapi memandangkan aku belum betul2 sampai puncak,dan saat matahri terbit pun xdpt nak menyaksikannya,.dek kerna awan yang melindungi..
herm..
semoga ade rezki lagi jejak ke sana..itulah harapanku~
selamat beristirehat maisarah..~mood penat sudah~

maassalamah(*___^)