Tuesday, June 11, 2013

Aahlan ahlan ahlan..
siapa yang datang tu??boleh tahu??heheh~
berlalu rejab sekelip mata..menjelang malam ini satu syaaban la pula ..
kalau engkau mahu berlari..sudah tentu engkau bersedia membuka langkah kaki...
begitulah juga kita dalam menemui bulan yang mulia bulan barakah kurg sebulan sahaja lagi..ramadhan..in sya Allah bakal bertemu..soalnya bersediakah kita??

jangan engkau nantikan bulan itu sahaja untuk engkau kamcing dengan Tuhan..
jangan pula kau yakin yang engkau sahaja dapat bertemu Ramadhan..
dan jangan kau pasti bertemu Tuhan tanpa sebarang persiapan mahupun bekalan...ayuh koreksi diri bukan korek gigi k..

yeah,,,bulan rejabku ini diisi dengan pelbagai perkara,..salah satunya imtihan duniawi..syafawi tahriri saban tahun pengajianku begini..mengaji mengaji mengaji..exam then natijah..itulah,.sedikit  tak berubah..yang beza beban yang aku rasa tak seberat musim mustajid dulu..Alhamdulillah ..Allahu Akbar dalam pada tu..rahmat Allah mengunjungi dengan kehadiran tetamu jauh daripada Malaysia,..keluarga orang..mengharap keluarga sendiri yang datang itu pasti..moga diperkenankan oleh Allah..itulah doa ku sehari hari..

penat diganti dengan bahagia..siapa yang tidak merasainya..melihat wajah orang tua..mak ayah la pula..seolahnya melihat mak abahku sendiri di depan mata..harus layan mesra,tidak ubah macam ibu /umi sendiri...masak bersama..bergelak dan sedih bersama..luahan hati ke hati bersama..bercerita pengalaman bersama..semuanya bersama..ahh aku betul2 rindu..sehinggakan aku hilang rasa yang keberadaan ku waktu itu bukan negeri sendiri..maksud aku ,,aku bermimpi duk kat malaysia ka la ni??
sampai satu masa giliran aku yang menyediakan menu malam..alamak!bingkas sahaja telego(jenama telefon) ku capai..menaip butir2 perkataan dan untuk sampai kepada penerima syaratnya berkreditlah..tiada kredit kau diam sajalah..isi pesanan ringkas kali ini tentang menu untuk malam ini ..ku hamburkan kegelabahanku pada mak..apa lah yang sesuai untuk santapan tetamu jauh itu tadi..mak pon membalas menjela tapi faham step2nya..simple gila idea mak..!!tu yang aku sayang mak tu..mak memang superb~daging sambal ..sayur goreng..muktamad..heh

dan Alhamdulillah..untuk pertama kali,resepi baru yang mak cadangkan menjadi hidangan dinner kami..tapi keluarga kak alimah tak sempat makan bersama kerana penat seharian berjaulah..namun begitu mereka jamah jugalah pada keesokkannya sebagai sarapan pagi..heheh..dannnn...mak cik tu puji masakan yang simple tu sedap sgt..daaann apa yang membuat aku tersenyum sampai nak koyak telinga ialah bilamana mak cik tu sendiri  beriya nak tahu resepi nya..alahai mak cik...resepi mak saya semua tu..tak habis2 memuji..hihi.~itu air tangan anak dara yang baru2 belajar je mak cik..bila mak cik beraksi di dapur pon tak kurang hebatnya..mak cik punya nasi ayam masih terngiang2 diingatan kami ni..pergh!macam kat kat kedai!sampai tak cukup2 lah..lagi satu mee laksa makcik petang tu.pertama kali saya kenal mee laksa tu..fuhhh..ini air tangan mak2 ni..tak dapat nak disangkal lagi..buat apa pon jadi je..ala kulli hal juta2 terima kasih lah makcik..kehadiran kalian menambah seri dan semangat kami dalam jihad ini..semoga Allah memberkati..takziah juga kepada mak cik kerana pulangnya bonda tersayang ke rahmatullah ketika bercuti di siini..ini lah bumi mehnah..siapa dapat jangka semua tu berlaku..aku rasa bertuah sebab mak cik tu sendiri hamburkan rasa sedihnya mengenangkan rasa terkilan tidak berada di sisi ibunya itu..hermmm....sesungguhnya Allah bersama dgn orang2 yang sabar~


kejutan juga dari jauh..ustazah norlela datang mesir...!!perghh cayaalah..seolahnya membenarkan dalam logiknya kata2 yang aku pernah dengar daripada pegawai selangor ..."siapa yang pernah telan air sungai nil..pasti dia akan kembali menemuinya..." diri ni pun terkejut ,teruja ,terseronoklah kan..ustazah yang febret datang ..ustazah mantiq!sememangnya musim cuti sekolah ni..cikgu cikgi habiskan masa di mesir??haha kebetulan makcik aisyah tu pon cikgu kimia..hermm.inilah aturan Allah yang MAHA KUASA dan MAHA BERKEHNDAK..apa sahaja aturan cantik tersusun indah..




ustazah bermalam di rumahku bersama anaknya wawa..badriah pun bersama..cerita dan gelak2 bersama..cuma apa yang buat aku dan bad terkilan sebab ustazah datang sekejap sahaja..namun aku rasa sangat terharu sebab perjalanan mereka tu jauh dari cairo ke aex tambahan pulak musim panas membahang ni...senggup turun furu'...bilamana semuanya kerana Allah..ukhwah fillah..dan ukhwah yang terbina itu menemukan kami semula selepas 5 tahun berlalu..tiada siapa menduga..mungkin orang yang berada dekat dengan kita tapi jarang nak dapat berjumpa..elok2 orang yang beribu jauh batunya dapat bersemuka pula tu..=)


seharian berjalan persisir pantai,..macam reunion KKBianz jer aku rasa..bazli dan muaz pon ada sama..jadi musyrif,jurukamera pelancong..hahaha..apa aku nak rasa..???hilang penat ganti bahagia..mengimbau kenangan di waktu persekolahan dulu..andai di ceritakan di sini..mungkin berjilid2 berbuku2..seronok aku lihat ustazah bawa balik kitab2 turath,,rujukan untuk anak2 didik stam..generasi yang mendatang..dan yang pastinya takkan aku lupakan kesungguhannya dalam mengajar kami mendalami ilmu..untuk benar2 faham dan berjaya sampai menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini..jasa umi tu tiada tolok bandingnya..apa lah sangat nasi lemak ikan bilis ku hari itu..sudah2lah meyebut,..malu saya ni..segan begitu..hehehhe~
   
   






akhir kalami...dalam kita leka dengan tugas sebagai penuntut ilmu,menrima tetamu atau sebagainya..marilah kita bentuk sakhsiah diri..agar lebih istiqamah menunaikan ibadah...ayuh bykkn berzikir berselawat dan berpuasa sunat semoga kita mendapat redha Allah,,kerana tanpa redhaNYA kita muflis papa kedana di akhirat sana..peringatan untukku yg selalu leka terutamanya...

عن أم المؤمنين عائشة أنها قالت : كان رسول الله يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر نقول لا يصوم، وما رأيت رسول الله إستكمل صيام شهر قط إلا رمضان، وما رأيته فى شهر أكثر منه صياما فى شعبان.

Maksudnya- Drpd Saidatina Aisyah r.a. beliau berkata : "Rasulullah s.a.w. tatkala b'puasa kami mengira Baginda s.a.w. tidak b'puasa, dan tatkala Baginda s.a.w. tidak b'puasa kami mengiranya b'puasa, dan tidak ada puasa yg paling sempurna aku lihat Baginda s.a.w. mengerjakannya melainkan puasa Ramadhan, dan tidak ada bulan yg byk Baginda s.a.w. b'puasa selain drp bulan Sya'ban"

~~AHLAN YA SYA'BAN
اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان..