Thursday, August 2, 2012




14 ramadhan....kalau makan kek kira separuh da habis..begitulah ramadhan. tinggal separuh je lagi??.
ohh jangan pergi..~
yang pastinya kita sudah melepasi satu fasa daripadanya,..fasa rahmat ...dan yang tinggal fasa maghfirah dan seterusnya fasa pelepasan dari api neraka..masih belum terlambat untuk kita tingkatkan ibadah kita..yuuukk!

bak kata sang murabbi dua tiga hari lepas,..nak dapat rahmat Allah..kita sendiri yang kena kasihankan diri kita dahulu,,,barulah rahmat Allah tu datang dengan sendirinya pada kita..hermmm.,..
maksudnya,kasihankan anggota badan yang Allah bagi pinjam sementara ini dari terkena api neraka jahannam,kasihankan 'mereka' ni dengan menjauhkn ia daripada melakukan kemurkaan Allah di dunia..
lalu bagaimana??herm,,jagalah semuanya itu dari melakukan maksiat,lagi pula bulan puasa ni..rasenya lebih mudah pelaksanaanya berbanding pada bulan2 lain kan?herm,,
maksudnya juga,,rasa2 or agak2 nak mencuri ingat nanti tangan ni yang akan disambar api di akhirat kelak,..
agak2 nak tinggal solat,...saksi2 ni juga yang nak menjawab di hadapan Allah kelak,,
agak2 nak bukak aurat,...bahgian itu pula nanti jadi bahan bakar di 'sana' ,..waiyya na'uzubillah...
jadi sama2lah mengasihani diri sendiri,berilah rahmat pada anggota kita dahulu..mudah2an diterima amalan2 kita sekaligus peroleh rahmat Ilahi..ameen
begitulah tazkirah yang begitu terkesan pd jiwa aku..moga2 jdi ingatan sepanjang hidupku dan  penyinggah2 blog aku yang tak seberapa ni..
semoga baki2 hari yg tinggal ni jadi manfaat sebagai bekal sebelum sampai ajal menjemput aku,kau dan kalian semua...

entah mengapa ,jiwa dan hati ni semakin menjadi2 ..
sifat ku semakin malas dari hari ke hari,,.
aku mengadu pada Tuhan setiap hari..
termenung sendiri...
banyak sungguh dosa ku ini...
bila nak berubah jadi lebih baik dan bersemangat mendekatkan diri padaMU ya RABBI ,,..
aku minta jalan dan kekuatan daripadaNYA,..
sungguh,,!
teman yang baik itu adalah cermin diri yang serbi dhaif ni.
bila bertanyakan apakah sahaja ubat  malas itu,apakah wujud di farmasi??
jawapan dari dia..simple..walaakin jatuh menjunam terkonkrit di hati...
"betul?tak menyesal nak tahu?MATI je ubatnya,,"tu jawapan yang di beri..
dahsyat,,sentap aku tatkala kalimah itu mengalir ke kepala otak aku ..err cuba ingat balik belajar biologi dolu2 receptor ke saraf ke entah la..
fikir!
seorang sahabat membuka mata ku..buka mata dari lena yang panjang lagaknya..ahhh gasaklah buka macam mana pun..
jawapannya mudah tapi mendalam sekali..tak payah cakap banyak...harapnya aku mengerti..
ye..mati..kalau da malas ,semua orang yang kena urus kan bukan??kapankan,mandikan,kuburkan..talkinkan..ya ALLAh ampunkan aku..
herm,,termenung lagi...terima kasih sahabat!

sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "




dan malam ini...eh tak dinihari ini..
lama rasa nya tak marah..astaghfirullah~
bukan niat nak marah..atau sengaja menghadirkan marah itu..shuuuuuuuuuuh la kau!
tapi mungkin lama rasanya orang tak cari pasal ngan aku kan..
tp malam tadi sedikit diuji..dengan siapa,,??erm biarlah menjadi rahsia..seribu satu hikmah yang menjelma...
malam itu juga ,berkunjungannya pemilik rumahku..baba n mama..
meng'cheking' segenap ruang rumah..balkoni,peti ais dan macam2 lagi..
dan hadaf mereka cuma islah hanafiah je sebenarnya..alang2 tengok yang lain sekali,,mungkin..
ku dan kak piah turutkan saja..

hati tersuntik..
ambik kau dos kasihaaann bisik sang hati..
lemahnya tubuh seorang yang sudah berumur..
lantas timbul kesedaran dalam diri..lantas teringat selepas dan sebelumnya lima perkara..salah satunya berada di depan mata...muda sebelum tua..
ya ..akulah pemudi itu..mungkinkah harapan bangsa???tepuk dada tanya iman,tanya bangsa layakkah aku...~
ah..bukan itu yang nak aku coretkan..

tapi si dia..
tua,berumur,menggigil,hampir seluruh  rambutnya memutih menenggelamkan rona kehitaman yang berbaki..hanya analisa daripada pemerhatian pancainderaku sahaja..
tapi dia punya kemahuan,punya kudrat..
sedaya upaya membetulkan paip di sinki itu..peluh di musim panas ni tak jemu2 menyinggah,meskipun pada seseorang yang berusia...ada pengecualian ke?  cepat2 aku pasangkan kipas untuknya..
air dari paip masih mengalir lagi .tap tap tap..ish degil tul air ni..tu yang bil mencanak naik tetiba tuh.
herm,ikutkan hati nak je hulurkan bantuan dan cakap baba takpe biar kami je yang buat,baba rileks je okay,..bukan apa kasihankan dia menggeletar.
kerana kami melihat ,memikirkan dan memahami keadaannya seperti tidak mampu melakukannya ..tapiiii..dia sepertinya bersungguh melakukan,...sehinggalah ditanya itu ini...
selaku pemudi,apa yang disuruh kami turutkan..
iqfil muwayyah katenye,,pergilah kita..iftah!amarnya...kite pun pulas la lagi ..ulang alik kamar dapur ke ruang tamu.sampaikan dia sendiri pula tiba2 ulang alik buka dan tutup paip utama..
kasihan bukan..??sungguh! kami bukanlah pembuli...huhu
sampai la satu ketika muncul anak lipas..lucu siehh..!
bagiku,mencuit hati dan sanubari..baba juga cuba nak ketuk makhluk Allah yang cilik itu dengan cara tersendiri..geram gamaknya..
heheh..comel hangpa tau dak???!!herm..macam atok2 ja..ok i'm missing them like crazy at tmn dato hormat sana...Arghh..moga sejahteralah mereka di tanah air sana...ya ALLAH beri kesihatan yang baik untuk atok,dan wan ku..erm..hanya doa yang mampuku titipkan....T__T
berbalik pada story baba tadi..akhirnya dia suruh aku ke kedai membeli salur kepala paip yang baru..turun la kejap..fuh! kedai dah nak tutup dah la!sempat..naik semula..akhirnya kira2 1.35 pagi mereka berdua mengundurkan diri,esok datang lagi...baarakallahufiik...syukran duhai baba..susah payahmu kami hargai..
dalam hati sempat berdoa ya Allah peliharalah mereka...

malam jumaat yang berkat dan  aneka rasa..
selepas itu tak dapat lelapkan mata..
bersiap2 untuk sahur pula..
dapatlah bersahur bersama..dengan kak piah yang cunz gileee...
gembira gamaknya ada yang teman sahur bersama...
Alhamdulillah..bakso lazat umi jadi santapan kami berdua..
berdua bercerita,maka terlakarlah kenangan secara tak sengaja...

muhasabah di sebalik kisah aku ni..
sebagai rumusan..yang lidah ini belum petah sepenuhnya dalam menuturkan kalimah2 arab..
apatah lagi memahami kalimah ammi sepenuhnya..
aduii...tolonglah fasih...berat sangat mulut tu dah kenapa??
mungkin itu yang perlu diperbaiki dari hari ke sehari..
kalau paip pun boleh islah apa lagi pertuturan billughatul arabiah..buat malu kat paip jelah!tetibe..
moga tak susah di kemudian hari...doakan daku ya!!ameen...
ok,camtulah..sayang kat korang..!(^^,)

cukuplah untuk hari ni...sehingga ketemu lagi..just remember,dont forget 'jaga hati'~





atok  & wan kesayangan..
ku tahu mereka tak jemu mendoakan..
mahukan yang terbaik untuk cucu pertama ini..
Ya ALLAH limpahkan kasih sayang buat mereka yang melahirkan kedua orang tuaku...
ameenn














Saturday, July 28, 2012




RaMadHan kareemmm..ALLAH Akram~~
heheh...
bagaimana puasa kita hari ini???rasa2 Allah terima ke tak??
mudah2an ya...Allah terima..jadi laksanakanlah dengan penuh keikhlasan~

Ramadhan kali ke 4 di bumi Anbiya'..
apakah perasaan ku ketika ini...
hanya satu..
ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya...
nak merebut peluang dan pahala berganda yang dijanjikan olehNYA..
Ya ALLAH,ampunkan dosa2 kami,terangilah jiwa kami jauhkan dari maksiat dan moga ramadhan yang bakal kami lalui ini adalah ramadhan yang paling bermakna buat kami....aminn ya RABB~

Alhamdulillah malam pertama Ramadhan, dapat berjemaah tarawih di masjid amru..
balik dari usai solat ,,mulalah membezakan apa yang ada di mesir dan yang tiada di malaysia..
membayangkan,,suasananya,,pasti!
ianya berbeza...sangat berbeza..

di mesir puasa sehari awal berbanding di malaysia,
di mesir  juga sahur seawal 3 pagi kerana subuhnya 3.30 pg..
dan setiap kali dinihari pasti ada arab yang membunyikan gendang,
sekadar memberitakan tamatnya tempoh bersahur dan imsak kepada jiran2 tetangga,
dan siangnya pula kami berpuasa dalam kira2 16 jam ,
kerana masuknya waktu maghrib dan berbuka pada jam 7 malam.. 
begitulah fenomenanya kerana bulan Ramadhan biasanya berada pada musim panas...
yang mana kita faham siangnya lebih lama berbanding malam..











tarawihnya pula lebih ramai di masjid2 meskipun penuh,mereka penuhi jalanraya berhampiran dengan saf2 yang berhamparkan tikar semata dan tak berkurang2 jemaahnya walaupun sampai penghujung Ramadhan...

turun naik kenderaan ada sahaja yang membaca Al Quran..apa lagi di tepi2 jalan..bukan macam kita buka2 fB ajee..huihuihuiii..hermmmmmmmmmmmmm..
seolah2 inilah Ramadhan terakhir buat mereka yang tak suka menyia2kan peluang yang ada,,
juadahnya berbeza dari bulan lain,,ada khutaiyyif dan kunafah...tapi tiada bazar seprti kita...
kedai2 kacang akan mula menjual pelbagai jenis kurma,buah tin,plum dan lain2...
rumah2 dihiasi bak istana lagaknya dengan kerlipan lampu aneka warna,dan tanglong (fanos)
seolah2 raya pula bagi mereka,,
kerana bagi mereka suka meng'ihya'kan ramadhan berbanding syawal...
berbeza bukan???muhasabah yee...








dan apa yang lebih membezakan buatku,
walapun hari ni da masuk hari ke 9 berpuasa di Mesir
rindu dan terkenang jugalah....
sebab tiada keluarga disisi...
yang menemani hanya taulan
arghh..itu yang terpaksa aku hadapi sepanjang menjadi anak rantau..
merantau bukan mencari rezeki..
semestinya mahu memenuhkan ilmu di dada ini..insyaAllah...




sedar tak sedar..
Ramadhan semakin berlalu,,,
dunia pun macam ragam berlaku,..

tapi bukan salah dunia yang pastinya..akan tetapi yang menghuni itu lah tak sedarkan diri..
bahawasanya hidup di dunia tak kekal abadi...

sempena bulan Al mubarak ni,gunakan peluang da waktu mustajab berdoa sebanyaknya..sama2lah kita mendoakan saudara seislam kita di muka bumi ini agar dikuatkan hati menghadapi ujian Allah..semoga yang menzalimi itu dapat balasan yang setimpal dari Allah yang Maha Berkuasa...

Nabi Muhammad S.A.W  pernah bersabda :"permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan (maghfirah)dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

psstt..pesanan penaja..besederhanalah berbuka tu ye..heheheh..jangan membazir...sehingga ketemu lagi..selamat berpuasa~


Monday, July 16, 2012

kelebihan solat~


Benefits of Prayer:

●Improves health.
●Drives away harms.
●Keeps away diseases.
●Strengthens the heart.
●Brightens the face.
●Delights the soul.
●Takes away laziness.
●Invigorates the organs.
●Replenishes energies.
● Refreshes the heart.
● Nurtures the spirit.
● Enlightens the mind.
● Preserves the boon.
● Prevents adversity - Punishment.
● Brings the blessings.
● Drives away Satan.
● Draws closer to the Almighty ALLAH(swt)



كل سنة وأنتم طيّب...

 

Ramadhan bakal tiba!!!marhaaban ya Ramadhan..
maka dengan itu persiapkan diri dengan pelbagai persiapan..
sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah...
moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...
dan apa yang lebih penting semoga amalan2 kita diterima oleh NYA...

inilah masanya...!!
kerana pahala digandakan..
keampunan diterima...
bukankah ianya tawaran yang ohseemmm!!

jadi,masa itu jangan disia2kan..
usia yang diberi Allah ini hanya seketika cuma..
entah bila Allah minta balik apa yang dipinjamkan pada kita..
kita tidak tahu...

kerana setiap permulaan ada pengakhirannya..
mati itu pasti...



sama -sama didik hati..
perbaiki diri setiap masa..
semoga jadi hamba Allah yang cemerlang...
aaamiiinn...


hanya ini..dari hamba yang terlalu banyak kelemahan.....~~~



Monday, July 2, 2012

khabar~

Dari abu hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan keatasnya, nescaya dia akan diuji dengan musibah" (riwayat bukhari)

Hadis 15 bab 3 riyadh assolihin~



" الصبر مفتاح الفرج "
Kesabaran adalah kunci untuk melepaskan diri daripada kedukaan dan kesusahan.


pagi jumaat yang lalu..
tening tening..bunyi mesej sampai..
ternyata kiriman itu dari permata hatiku..bonda ku tersayang..
bibir menguntum senyum..
mata tertumpu pada skrin telefon yang bercalar itu..berkelip2 mataku membaca..
panjangnya mesej mak...tak lain ni ,.mesti citer letop ni..

tiba pada satu ayat...
"aus ditimpa kemalangan rabu lepas,dua hari dalam wad"..
ligat mata ni mengulang ayat mak td...berdebar,..
Allah..itu yang meniti dibibir..Innalillah...
Allahuakbar..betul ke ni???
waktu itu menangis semahunya...kuatkan aku Ya Allah..


tak semena rasa nak terbangkan diri kesana segera yang mungkin..
bimbang,risau,rindu,takut akan kehilangan...
sungguh!!
kelewatan untuk berita itu sampai ke pengetahuan ku,bukanlah  kerana masalah atau sekatan dalam teknologi maklumat dan perhubungan yang serba canggeh ni..
tapi mak sengaja berbuat demikian mungkin sebab nak aku fokus syafawi waktu tu..
oh mak..sungguh memahami..
tapi pada aku seandainya aku terima awal dari itu pun tak mengapa..
aku sedia terima..aku kena belajar sabar dari ujian yang Allah beri..redha
itulah yang mematangkan diri ini sebenarnya..

ALLAH.....
rasa sedih yang pastinya...
terima sahaja..
mak pujuk supaya tenang di sini...
rasa nak peluk mak sekarang..
sedihnya aku tidak sesedih mak disana...
aku tahu mak lagi sedih..
lagi pulak yang sakit anak lelaki kesayangannyaa..
siapa tak sayang,adik ku tu tak pernah lawan kata...bila disuruh segera je buat,tolong itu ini,suka bagi nasihat untuk kebikan semua,tak kedekut ilmu..walaupun dia nyanyi kadang tu pitching ke laut,suka menyakat n sometime kuat bebelnya..aku sayangggg gilee kat dia..
semua sayang dia..semua senang dengannya...

  kapcainya......
namun,..
apa yang berlegar di kepala ku masa tu..
berbalutkanh dia??
masih sedar ke tidak??
terukkah cederanya???
sempat ke aku jumpa adikku itu??
sapa yang langgaq dia???

                                           .

lantas aku bangun ..membersihkan diri.,
mengangkat wudhu'...usai solat ,doa ku agar Allah limpahkan ke'afiatan ke atas keluarga ku,
Al quran ku capai...
sebagai terapi menenangkan hati.
mungkin hai ahnya bagai gelora di laut mediterinean kalau boleh kira ditashbihkan di situ...
herm..Allahu 'alam..itu je yang mampu aku lakukan  walau terpisah jauh dari tersayang..

kira2 malam di malaysia ,,aku buat panggilan..
bertanyakan keadaan aus..dan semua
Alhamdulillah syukur ..kerana semakin baik..
cuma ada retak di bahagian dada,dan luka2 kecil sahaja,kata mak..ngeri..!
Allah.. aku lemah membayangkannya..
line pula macam cemburu je dengan kami..suara mak samar2 kedengaran...atas sebab itu tak dpt berbual lama..
cukuplah tahu berita,semuanya baik macam biasa..
Alhamdulillah..syukur...

sebagai muhasabahnya..sedarlah..hidup ini Allah bagi pinjam hanya seketika cuma..tiada satu pun milik kita...maka bersyukurlah selalu.....sabar itu kunci kecerdasan emosi..~
dalam melihat ujian yang menimpa kita, ada lagi yang lebih berat daripada apa yang kita terima...
dalam melaksanakan amal kebajikan pula  jangan rasa tu da cukup sebagai bekalan akhirat kita...tapi lakukanlah secara istiqomah tanpa jemu-jemu semata2 kerana Allah..ingatan lebih kepada diri yang  masih serba kekurangan..








~~~tolong ingtkan aku tatkala aku lupa...~~





<=with aus..my bro..dating together beli laptop..(^__^) winduu wooo...semoga cepat sembuh..jgn nakal2...

Thursday, June 28, 2012

إنتهاء الإمتحان لفصل الثاني...الحمدلله

Assalamualaikum semua..
bersua lagi kita di alam maya ini...
entah keberapa kali nya pun tak ku pasti...


Alhamdulillah..
syafawi baru je selesai hari ini...
maka dengan itu ,berakhirlah sudah imtihan fasa dua untuk tahun tiga syu'bah lughah!
macam tak percaya kan tp itulah hakikatnya..
nak hooorayy2 ke?? tak payah sangat la..natijah belum dapat lagi kut!

seronok gak tadi walaupun aku tau markah aku cukup2  makan je ..jawab ke ntah tadi..diam je lebih???
sebelum syafawi terakhir kami wafidat sempat berbincang bersama..
"ok ,kalau dktor tanya ni ni jawab pe?""ko cuit aku tau nnti,mana2 tergagap tu cover eh"'takut lah doktor tu tanye detail ke?'...heheh..bermacam lagi lah dan itulah antara dialog diambang imtihan syafawi tadi..
bukan jarang berlaku semua tu..biasa dah...

                                           malas nk edit..abaikn tarikh dan kegemukan ku..hua3
                                            yg penting ku sayangkn ukhuwh ini..!!yeaah

resah,takut semuanya ada la kan kerana semua perasaan dah digaul mesra secukup rasa..
semestinya penghujung peperiksaan memang zuq nak baca buku tu berlari2 anak menuju ke lembah eropah sana..Allahuakbar..hermm..kenapa entah...
kena rajin! maisarah!!! tajdidkan niat tu balik..semua ini dilakukan semata2 hanya kerana ALLAH..
syukur.. saat akhir tadi sama2 tolong ingtkan dengan yang lain...itu je cara yang berkesan nampak gayanya bagi merawat penyakit malas tu..jelas lah ukhuwah kat situ..
nak naik tahun ramai2 pastinya harapnya tiada siapa yang tercicir..
kau kira apa ..arab misriy ke melayu ke,indon ke sabah ka..sama berbincang~
Ya ALLAH NAJAHKAAN LAH kami semua..amiiinnnnn~


                              Dr. Maha & Dr.Hana'...my most fevret teacher( madah nahu n sorof )

aku jugak tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan doktor dan doktorah yang kami sayang itu..
setelah bergelak ketawa,bile disoal blur,xcukup dengan tu berbisik bagi jawapan lagi ,haaaiiih
aneka ragam sahabat2 lughah ni..maka terlakar lah satu memori ,.di hari syafawi..
sama2 mengukir senyuman yg pastinya membawa  sejuta makna disebaliknya~

                                       Dr. Amani ..peradaban sastera zaman Abassiah...huhuhu
                                                                   ~faslussyitaa'~

semua melepaskan lafaz lega saat keluar kuliah..
aiceh macam lepas lafaz akad nikah pulak nieh..
erm..semua pulang menuju ke destinasi masing2...
maka secara automatiknya cuti mausim soifi bermula dari saat itu....
tup2 terbayangkan Malaysia...huwaaa..apakah ini semua!!! T___T

                                                   Dr.Asyraf . taa'mul fi tafsir Al Quran
                                                                   best!


namun pada itu,..ada satu rasa kelainan hari ni...
rindu!
tiada teman yang dulunya biasa bersama ketika syafawi...
dan siapa tahu fasa  ini dia tiada untuk turut serta menjawab exam...
kumpul kekuatan untuk hadapi semua ni..
sedih!
sabar maisarah sabar~~~
mengenangkan sahabatku yang seorang nun jauh di sana...~
wujdani kal kimchi dil waqt..

                  fida n syahida.... together with our sweet memories..jazaakillahikhairanjazaa' sahabat!
                                                   dlm tut tut nk g tuisyen.....sempt lg


Allah je yang tahu..
kuatkkan hati dan terima serta percaya semua ini ada hikmahnya tersendiri~
hidup,mati,jodoh dan juga rezki semuanya rahsia Allah...
tatkala diuji bersangka baik lah pada Allah..bersyukur selalu kerana ujian yang diberi tu tanda Allah sayang kat kita...alaisa kazaalik??

hurmm..sedar tak sedar...
tinggal berapa minggu je lagi nak sambut Ramadhan
bahang kemeriahan nya dapat ku rasa di ardun kinanah ni..
pesta ibadah bakal tiba!!!seronok!
ayuh ...fastabiqullkhairat...berlumba2 bangun malam..cari mardhotillah~
tentatif hidupku lepas ni mungkin agak padat...akan ku cuba manfaatkan masa cuti  ni sebaik2nya..
"akak cari kawan ye,jangan duduk sorang2..ajak kawan rancang benda yang mendatangkan manfaat,,semoga Allah memelihara akk dan kawan2 di sana.." begitu  pesan seorang ayahanda pada anaknya yg comel ni...erk...huuu rindu sama abah...sobzz..
apa pun ...insyaALLAH wa biiznillah..~

dalam mingu ni bukan je habis exam,
dapat khabar gumbira dr tanah air nuuunnn..
dapat anak buah baru siehh,
bertambah anak buah ku...
aduyaiii mak longgg suda...tua ke saya??bhahahah...
tahniah ijah n abg kalimi...
dapat hero sudah..
edennnn ado?????kui3..sabaq nooo~

Tahniah jugak2 lahh kan..
lagi pulak Dr Mursi  menang pilihanraya ni...
kengkadang jiwa tu rasa jadi rakyat mesir pulak ni...
Negara kedua ku...hua2....
tidak dapat tidak ,gembira dan terharu kebiruan...Alhamdulillah 'ala kulli hal~




dengan itu,,rasanya...cukuplah coretan kali ini sekadar nak buang habuk2 dan debu2 melekit kat blog ni....
wa ilallliqo'...sehingga ketemu lagi...ingat !jaga hati...senyum selalu..

Wednesday, June 13, 2012

berpetang2~

 menjadi diriku....

wahhhh..lagu tak boleh belah maisarah!!heheh

Assalamualaikum semua..first of all..Alhamdulillah...
masih diberi ruang untuk bernafas dan ruang waktu yang Allah bagi pinjam sementara pastinya...
Nikmat apa lagi yang bernilai daripada nikmat Islam dan Iman...moga2 Allah beri hidayah selalu tatkala hamba ini dalam leka dengan habuan dunia~..

 yeah petang nan indah di Alexandria kini mula lah bercambah2 idea nak datang..Almaklumlah duduk sorang..ada roomate pun duk bilik masing2,..lagi sudi menemani laptop dari minum syai or makan kuih muih dan berkumpul ramai2..ternyata suasana tak seperti dulu..kepupusan warga alex (wafidat)semakin dirasai..!.huwaaa...exam nak abis da..weee...lebih kurang dua minggu untuk 3 madah lagi..3 madah lagi dan 3 madah lagiii..!!!!!!!!!!!!!!bertahannnn~


                                                             dari anjung teratak guwe~

aku pun tak tau ape aku jawap selama tu..down giler2...Tawakal dan doa sahaja setelah segalanya ,..tidak  mampu lagi aku untuk berbuat lebih dari itu..aku percaya Allah selalu ada untuk semua hambanya..Aku percaya Allah yang tentukan baik buruk untuk kita..Aku percaya..apa sahaja natijahnya hikmahnya tersembunyi seribu satu rahsia..aku sedia redha dan pasrah sahaja...walau hakikatnya hati dibalut rasa gundah dengan selotip gulana~...




dari hari ke hari..minggu ke minggu..tiap detik berlalu..sangat pantas ku rasakan..macam2 boleh jadi kat dunia..exam tangguh ..boleh habis 20hb tapi pilihanraya punya pasal..jd 25hb jun..beri ruang untuk aku gak yang tak mengkhatamkan kitab2 berbaki..fuhhh...moga diberi kejayaan pada Mr. Mursi juga memimpin mesir..tetibe petang tadi dapat msg dr Mursi..biar betik!LOL...dan kejayaan buat azhari2ah juga...Najah kabir semuanya..amiiinn~

                                             nilah notis penangguhan imtihan.td br je tandatangan..huhuuu

Lupakan hal dunia....hahaii..sekarang rindu membuak2 dengan kenangan ke matruh siwa dua thun lepas!tak tahu mengapa..ni semua berpunca dari dia ...! post gambar2 kat fb baru2 ni lah ni..isk..huhuhu..tapi dia tak banyak pun cerita ..aku pun malu nak tanya banyak2..biar dia tahu  dan rasa pengalaman itu sendiri...Alhamdulillah..sekurangnya dia rasa apa yang aku penah rasa..hua3...ceit..

                                                          amik sebijik~pantai agiba

ok biar kenangan itu yang terindah,,simpan kemas dalam ingatan..disamping tak lupa ambil ifadah....best jugak kalo lepas exam ni bebaskan kepungan atom tension ke sana..tapi panas pula lah..fulus pun belum tentu ada...herm..duk alex diam2 jela maisarah..buat masa ni tak de plan nak panjangkan langkah....tengok la macam mana..we will see...who knows...heheeheh..


sebab insan kudratnya hanya berfikir...Allah mentadbir segalanya dari yang zahir bahkan jua yang  tersembunyi...sekian untuk kali ini..




kalau ada sumur di ladang ,
  boleh amoi menumpang mandi,
      kalau ada umur yang panjang,
         boleh kutarikan jemariku lagi di atas keyboard ini...~








Saturday, June 9, 2012

boleh bertukar dah~

Awal kalam,ku buka bicara,,
lafaz salam bawa sejahtera,..
Assalamualaikum w.b.t..

Agak lama menanti....
tapi menanti usahanya tiada
 bagaimana agaknya hendak menyeberang sungai tanpa titi???
Garu kepala sendiri...

Mungkin hari ni adalah harinya...
sebelum tu terima kasih kat bro den yang tak berapa ensem tapi agak manis tu
banyak bagi tunjuk ajar bab2 komputer khususnya...
psstt..mesti dia kembang baca entri aku ni..heeh..
argh ..gasak lah...
tapi bro..ko memang terbaik lah!

Nak tahu apa terjadi???
hik3...tiada apa pun..mungkin aku yang beriya...cliche nye mai niiiieee!
apapun aku nak gak kongsi apa yang aku buat sebentar tadi...

Dan mungkin masalah ni bukan aku sorang je yang pernah kena...
sebab bila tanye atok google..
ramai mengadu bende yang sama..
kalau orang tak tahu mungkin dah nganto kedai je yop!
padahal boleh buat sendiri..akan tetapi banyak bertanya tu sangat lah perlu..
kalau tak mustahil boleh jadi..

nak dijadikan cerita..
agak berbulan laptop aku ni  bermasalah...tapi aku peram je..haha
masalah tak besar pun...cuma tak boleh tukar dekstop background je..
problem lain pun ada juga..
Almaklumlah buta betul  tentang IT ni...
lagikan pulak eksesorinya...
fuhhh...




di suatu petang yang sunyi...takdela sunyi sangat mai oooiiitt
aku pun kacau bro aku nun jauh di tanah air sana..
dia pun jenis melayan je akk nye yang manja ni..
..hua4x..
pastu cadangkan link/blog ni kat aku..
kemudian apa lagi..laju je mouse ni dihalakan pada link tu


klik3!!!
tuuu diaa...
banyak kaedah  dan tips2 berguna yang blogger tu share..
cayalah!buat aku yang buta ni boleh la taajub...
korang2 yang banyak ilmu tentang ni,mungkin tak hairan kot~
tak lama lepas tu aku try la
Alhamdulillah berjaya..
dah berjaya suka lah...
bhihiihii~(^__________^)





Antara masalahku itu adalah window not genuine..biasa ade notis kat sebelah kanan bawah dekstop kita..
macam rimas kan??seandainya ada wiper nak je aku sapu kasi clean n clear..bhihihiii..
jadi kaedahnya,.
1-klik start  ,taip cmd dalam start menu box.
2-right klik cmd.exe ,pilih run as administrator
3-yes je kalau ditanya pape..
4-sekarang dalam command window,taip slmgr-rearm,enter
5-restart...
kalau tak menjadi...kena download software dulu...dan software tu ada dalam blog dia..ziarah2 la ye..
aicehh promote blog orang..pulak mai ni...worait...sekian untuk petang ni..


Kesimpulannya,..jangan pernah mengalah dalam mencuba...banyakkan bertanya...dan kongsikan apa yang ada,untuk manfaat bersama...hik3..peace~

kalau rajin ataupun musykilah pape lepas ni..boleh la singgah blog ni...~~~ endiskypro.blogspot.com
salam sayang buat yang terkedip2 matanya melewati blog ku ni..terima kasih banyak2...baaarakallahulakum~

assalamualaikum




banyak hal kita mungkin lupa~

~ 3 HAL ~

3 Hal dalam hidup ƴg tak bisa kembali

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal ƴg dapat menghancurkan hidup seseorang :

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran










Ada 3 Hal yg paling berharga :

1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup ƴa tak pernah pasti :

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal ƴg membentuk watak seseorang :

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal ƴg membuat kita sukses :

1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal ƴag tak pernah kita tahu :

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh .

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup ƴg PASTI :

1. Tua
2. Sakit
3. Kematian



Thursday, June 7, 2012

oh dunia!

Assalamualaikum..

aippp..Apa khabar iman kita hari ini??sihat?bertambah?berkurang?ye..semestinya ia dijadikan muhasabah bersama pada setiap masa..umur makin banyak tapi amalan kita kurang ,,mengapakah??leeeiihh???leh keda??..dan apa  lagi mendapat redha ALLAH..mungkin tak pernah terfikir apa yang kita dah buat hari ni cukup ke nk menghadap Allah kelak,,,itu yang kita tidak tahu,..tipsnya mudah untuk bagi iman bertambah..ucap Lailahaillallah~ dan juga zikir2 lain..itulah pesan abah,..Ya Allah ampunkan aku,ampunkan kedua ibu bapaku...dan ingatan ini lebih buat diriku jua..tangan yang menaip lebih dekat untuk melaksanakan tugas2 sebagai khalifah Allah..namun belum cukup sempurna kerana bukan mudah..untuk melawan nafsu amaraah...semuanya akan dicatat dan disoalsiasat yang mana betul  yang mana salah~

Buka saja internet ..melihat dunia bermacam rencah dan pancaroba..
buka saja facebook pelbagai luahan rasa manusia,tulisan biru pastinya...bile nak tukar ijau ntah.....,
buka saja berita, politik goyah,rakyat bermandi darah,xcampur lagi penyakit or virus masyarakat sekarang,haii susah!...,
dannnn buka saja buku ...alohaaaiii mengantuknya mataku ...!!exam pun jawab ntah pape jadinya,,.blank then blur~
erk itu bukan sepatutnya berlaku tapi da biasa berlaku dekat aku..bhaahahah...





Ok,berceritakan hal itu,..malam ni masih menahan sakit gusi,mengingatkan aku bagaimana sakitnya bila mati nanti,ini pun da cukup azab,,hikmah dan kifarah dosa buat insan yang selalu alpa...imtihan fasluthani belum habis lagi..namun awalnya ku rasa seperti down juga,..bersalah kat mak abah n semua,sebab tak dapat buat yang terbaik buat mereka,..but,diri sendiri yang dapat mengubah semua ni bukan orang lain,apa pun takkan aku nak patah balik kan masa tu..bak kata mak,apapun itu juga yang aku kena tempuh..mereka jugalah yang menyokong anaknya yang dikejauhan ni..sayang mak sayang abah...huwaaa rindu~~~





pejam celik2 pejam,,nah!malam jumaat sudah,..rejab pun seminggu lebihh je tinggal,..sebulan pastu dah Ramadhan~Allahummabaariklana rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan~berkati umur kami YA ALLAH...Jauhkan kami dari fitnah dunia....banyakkan istighfar bulan ni...ok





Aku tak tahu apa yang bakal berlaku,,namun,,fikir yang positif saja ya,..didik hati,..top up iman...cari ilmu,...selagi bernyawa...semoga tak jadi penyesalan bila tiba di alam barzakh sana...Allah...

Buat rakyat syriA ,Palestin somalia dan negara2 Islam yg lain,,,doakan kesejahteraan mereka,,..melihatkan keadaan syahid nya mereka ,,tiba2diri di rundung rasa malu,bercampur sendu,,bagaimanakah nantinya aku  pabila  saat berpisahnya ruh dari  jasad melalui kerongkongku...adakah syahidah juga natijahnya???Allah...

Peranan kita adalah sama2 doa yang terbaik untuk saudara seislam kita....penuhi ilmu di dada yang pastinya agar tak mudah tersalah langkah ...maafkan diri hamba yang hina ini...moga nyawa yang diberi pinjam ini di manfaatkan untuk menjadi hamba yang cemerlang..bukan sahaja di dunia bahkan di akhkirat jua..insyaALLAH~





                                   
         ~maafkan hamba...  sekadar ini yang ada...
ada umur kita berjumpa..   walau hanya bersua maya...~                                                                           sekian

Monday, May 21, 2012

ucapkanlah~~




" Carilah HIKMAH dlm setiap ketentuan ALLAH.
supaya timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN,
 setiap yg payah itu pasti ada KESENANGAN, 
setiap kesabaran itu pasti ada GANJARAN,
 jika sesuatu itu DITAKDIRKAN utk kita tiada yg dpt jadi HALANGAN,
 namun jika sesuatu bkn ditakdirkn utk kita,
 PASTI takkan kita dpt walaupun dlm GENGGAMAN...
kerana ALLAH MAHA KUASA...
manusia hanya HAMBA..."


Alhamdulillah....baik buruk..Allah takdirkan untuk kita..apa pun sama2 dekatkan diri pada yang Maha Pencipta....
Sayang Allah sebanyak2nya..Rindu Allah serindu2nya...Tambahkan syukur ke atas apa yang dililmpahkan buat kita....hidup mati di tangannNya.,..itu pun manusia masih ingkar dengan arahanNya.....

Astaghfirullah.... Astaghfirullah.,,.Astaghfirullah...
moga Allah ampunkan segala dosa kita dan menerima amalan yang kita persembahkan semata-mata hanya keranaNya...

hidupkanlah jiwa yang hampir layu dengan siraman keimanan,

bajailah hati dengan ketakwaan

agar sentiasa merendah diri pada Agungnya Tuhan




















Wednesday, April 11, 2012

KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.



Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.


Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
.
Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
.
Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ'mah?

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
.
Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?


JAWAPAN DARI ABU YAZID

Lalu Abu Yazid menjawab ke semua nya.

Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu
adalah lapan Malaikat.

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?
Bilangan bulan dalam setahun.

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya tiga belas.

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata
Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?
Nama empat macam angin.

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?
Awan gemawan di dada langit.

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?
Perahu-perahu yang belayar di laut.

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?
Gunung Tursina

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?
Kuda.

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?
Bulan Ramadhan.

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ'mah?
Hari Kiamat.

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih…

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.


SOALAN DARI ABU YAZID

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

“beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”
Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

والله اعلم


http://komuniti.iluvislam.com/topic/26504-kisah-imam-abu-yazid-al-bustami-dan-paderi-samaan/ 

Monday, March 5, 2012

winter break at sahara,nile river & red sea~

Assalamualaikum...

lame tak menjengah ..mungkin berhabuk agaknya blog ni..Alhamdulillah..den tak kemana pon..cuma hujung bulan feb ni nampaknya langkahku jauh menjelajah bumi mesir ni dan..kali ini kebanyakannya tempat firaun,,..ziarah kuil2 depa la..lebih kurang seminggu ku tinggalkan ahli bait,demi menambah pengalaman dan menimba pengetahuan kerana aku rasa rugi la duduk negara orang tapi tak pernah tahu tempat bersejarah di mesir ni..

Alhamdulillah atas segala kurnia..diizinkan dari NYA melihat dan berjalan di muka bumi yang sangat luas..Kali ni dengan kesihatan yang baik aku dan kengkawan merentas sahara,sungai nil dan sampai di laut merah..Sungguh!!!sejuk mata aku memandang ciptaan ALLAH yang maha agung..Dialah Tuhan seluruh alam...Dialah menjadikan lukisan indah itu...dari bermula permusafiran semuanya indah belaka...SUBHANALLAH!!!

                              Semestinya saat itulah yang paling manis dan tak mungkin aku lupa,,,
                                               ini batu karang di laut merah~
                                                         sungai nil....dari taman botani~

kebanyakan tempat yang kami lawati adalah tempat firaun dan kuil2nya la,ambil ibrah bukan berseronok2...sebelum pergi ramai yang kata tidak elok pergi tempat begitu..aku tak menafikannya,buat apa nak ziarah tempat yang pernah menjadi kemurkaan Allah kerana sifat firaun yang sangat angkuh pada suatu ketika dahulu???erm,pada aku bukan sifat angkuhnya yang kita ambil..tapi lihatlah kesannya dan akibatnya pada orang yang pernah ingkar dan dustakan ayat2 Allah..ya..janji ALLAH itu pasti...

dan trip kami bukan semata ke kuil mereka sahaja..pergi juga ke taman buaya,taman botani,empangan terbesar di mesir,snorkling di laut merah,dan yang paling best adalah bawa ATV  dan naik unta di tengah padang pasir!hik3...Alhamdulillah!.sangat bersyukur sekali...

Dari kuil yang aku lawati memang besar..tak kiralah bila mana melihat tiang2nya,bahan binaannya,seni ukirannya...taajub!selama ni tengok kat buku teks sejarah,tv then,..sudah berada di depan mata..wah!buat diri ni berfikir,..dan membayangkan betapa kuat dan bijaknya orang dulu..patutlah firaun yang dilaknat tu rasa diri dia Tuhan sedangkan rakyatnya yang bersusah payah mengangkat batu2 besar kemudian nak mengukirnya pula..uish tak mudah tu!...dan semestinya setiap simbol yang di ukir terdapat makna yang tersirat...kalau ikutkan aku tak paham pun ,tapi da tour guide tu describe baru paham...hahaha..dengar dan "oooo...." (melopong)

Dan siapa kata tempat2 firaun tu nyaman???!sungguh !!ianya sangat panas yang kering padahal pada musim sejuk yang menggila..kami ke kubur tutankhamun,ramsis dan sebagainya..baru azab di dunia ALLAH nak tunjuk buat kita yang masih hidup ni,...erm..memang byk pelancong asing..mungkin nampak awkward bila kitorang yang belajar al azhar pergi sana sebab pelancong2 lain sume mat saleh ngan cina,...sah2 la bukan islam..erm..tegur dan sapa jugalah..tak salah menambah kenalan~


mungkin di sini kenangan tercipta......banyak lagi tempat menrik yang tak sampai lagi..Insyaallah ada rezeki dan umur yang panjang..panjang jua lah lagi langkah ku ini...heheheheee...

puas kaki ini berjalan,..
menyaksikan panorama dan ciptaan agung Tuhan,...
menambah kenalan dan taulan,...
menimba pengalaman,....
apa yang penting ambil pengajaran,..
di sebalik kejadian,...
Alhamdulillah ku ucapkan,...
kerna memelihara ku sepanjang permusafiran....~


                                          melebih2 la posing tu kan!hahaaaa....amu tu sporting!nice~