Sunday, November 25, 2012

salam sejahtera semua...
jom jadi burung hantu lagi..
alaa rilex la maisarah..musim sejuk malam kan panjang...

malaysia kini menjelang subuh,..
mesir pula dengan kesejukan yang sederhana..
esok perjalanan ku panjang...
menjengah lagi ke cairo..apa lagi tujuan ???
menceduk apa yang perlu untuk bekalan masa hadapan...

dunia??bagaimana ya??
bergantung lah pada manusia..
kerana apa aku berkata begitu..??
kerana berubahnya manusia itu,berubah lah dunia...

cuma dalam pemerhatian aku hari ini...
banyak juga yang serupa..
sikapnya,pemikirannya,tindakannya,akalnya...
entahlah..cuba tanya diri~
yang penting jangan biarkan hawa nafsu yang merajai...

sekian dari hamba kamar sepi~(0_n)


Saturday, November 10, 2012

10 . 11. 12...
nampak cantik ye tarikh hari ni...dinihari bukak facebook,...terbaca status teman2 di tanah air..
mungkin sejarahnya berbeza bagi setiap orang yang mana sudah meninggalkan dunia atau yang masih bernyawa...macam biasalah,bermacam ragam manusia..telefon emak dan adik2 pun begitu.. .cuti sekolah dah pun bermula,berlainan denganku di sini kuliah serancak2nya ~fuhh..kuatkanlah diri ini Ya Allah~(=_=')

maaf ye blog,lama kau dibiar sepi,tuanmu ini semacamnya sibuk dengan hal2 duniawi ..hohok..
ape pun sepanjang itu banyak gila pengalaman tak dapat nak cerita kat sini..seribu kali rugi...
tak jadi masalah semua tu,sebab disimpan rapi dalam memori cip yang Allah bagi~
Alhamdulillah..

secara ringkasnya,event dari  raya haji hari tu,...hajatku tercapai,dapat solat raya dengan orang arab mesir di sepanjang jalan badrowi,kerjasama dengan exco buat persiapan raya..(pening)..muhasabah untuk aku..banyak tugas aku tak dapat jalankan dengan jayanya,tapi banyak benda aku belajar..firstime kerjasama dengan laki orang...fuh!3 hari berturut2 sibuk tak menang tangan dan mungkin tension juga...namun pengalaman baru tengok unta sembelih depan mata sekaligus mem'vanish'kan segala penat lelah yang dirasa..selang dua hari kembara ke perkampungan tanta..4 ekor unta jadi sembelihan khabarnya...hik3..masyaAllah scenery dia,hijau sahaja ..tenang,damai ku rasa..kehijauan di petang hari itu sudah cukup memukau sekaligus menjadi jamuan mata pulak pada hari tersebut,.erm,program raya bersama pmram dan cawangan masing2 pulak..tak tahu lah selisih ngan si dia ke tak,but i know warna baju kita serupa hariitu..hijau kan kannn..erk!dush3x!!!
dan baru2 ni dapat mandi laut mediterenean sebelum winter betul2 beraksi dengan kesejukan yang tak terperi..main roller coster kat makmoora bagai nak rak di malam hari..macam mana ntah aku boleh berani macam tu sekali..sekadar melepaskan rasa tekanan di jiwaku ini~hohoh (^__^)

sejak dua tiga bulan yang lepas,..tak putus2 aku dapat undangan perkahwinan,via facebook especially.....semuanya terdiri dari kalangan rakan2 lama,kakak senior,ex ahli beit..dan sekapal dengannya..minggu ni je dua orang classmate aku medirikan masjid....cayaalah...barakallahulakuma~heheheh
Alhamdulillah..aku happy dengan berita gembira itu,,walaupun adakalanya ada yang nak suprise dan tak disangka2..dan itulah jodoh namanya,..aku doakan semoga mereka melayar bahtera kehidupan sebagai pasangan yang bahgia hingga ke syurga..hehehe...aku bile la agaknya~~~tersenyum sendiri~~

sabar,,soal jodoh ni,aku berserah dan redha,..andai ada yang sudi aku terima,seafdhalnya biar ada restu keluarga..menyulam cinta dan kasih sebelum ada ikatan yang sah ini,sungguh !aku tak berani...hati ini milik Allah,sentiasa berubah-ubah..mahu dicintai dan menyintai...tapi tak guna harapkan apa2 yang belum pasti...atau terkinja2 raih simpati agar dicintai,asal sahaja ikhlas dan bersungguh dalam usaha mendekatkan diri sebagai hamba yang abadi...maka yakinlah,doa sahaja dipermudahkan urusan nanti,mungkin dia hadir dengan sendirinya...hehee..selamanya cinta Ilahi~



Dear Sisters realise that your true beauty isn't by wearing lots of Make up on your Face - True Beauty comes from your Faith.

For Beautiful Face - Pray Tahhajud daily
For Beautiful Lips - Kiss your Parents
For Beautiful Eyes - Cry in Salah

For Beautiful Kids - Be a Great Daughter
For Beautiful Ears - Listen to Quran
For Beautiful Husband - Make Dua
For Beautiful Heart - Do Dhikr
For Beautiful Life - Live Simple

Feel Beautiful / Be Beautiful / Live Beautiful

Sunday, October 14, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

"milikNya lah perbendaharaan langit dan bumi.Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Sungguh,Dia Maha MEngetahui segala sesuatu"
~surah Asy syura: ayat 12~

Alhamdulillah atas segala kurnia..sekali lagi aku melihat dunia,. nikmat iman dan Islam juga masih bersama,moga tak putus2 Allah anugerah kan pada hamba yang serba dhaif dan sering alpa,tak cukup dengan itu Allah beri juga aku nikmat sihat dan masa hayatku yang tidak ku tahu bila kan berpenghujung...Allah...merenung nikmat2 yang aku dapat ni..
sungguh ! aku betul2 cintakan Allah...(^__^)
Alhamdulillah~

mengaji lepas maghrib terbaca surah Assyura...kemudian ku baca pula terjemahannya,meskipun aku amik major bahasa arab tak ku nafikan masih ada banyak lagi kalimah2 dalam Al quran ni yang aku tak faham...kamus yang terbaik,tatabahasa yang terbaik,novel terbaik...Al Quran ...dari situ apa yang boleh di ta'liqkan ...muqaddimah surah da cerita ....apa sahaja yang berada di langit dan di bumi,semua Allah punya..tentang kekuasanNya ke atas setiap sesuatu itu pasti, tiada siapa dapat tandingi...janganlah minta pada sesiapa,.tapi mintalah pada Dia..bila dah minta mesti ada tawakkal,kepada Dia tempat kembali,bila mmikrkan Dia jugalah yang menjadikan makhlukNya berpasang2an dan berkembang biak,tentulah tiada siapa yang serupa denganNYA..Allah itu satu..sampai lah ayat ke 12..aku fikir
padan sangat dengan apa yang berlaku pada aku hari ini..hakikatnya setiap hari berlaku pada aku..hehe

Rezeki...erm..semua datang dari Allah...Dia yang bagi...nak bagi pula pada sesiapa yang Dia kehendaki...dan Dia Maha tahu yang terbaik untuk hambaNYA...Dia beri pada yang perlu ,sedangkn kita ni tak  tahu apa yang bakal berlaku...pakai minta je..tak dapat pun kadang komplen..malah lebih parah ungkit itu ini..fikir~

masa amik sanad dengan syeikh hassan,syeikh suka tanya aku pasal hukum mad dan hukum2 tajwid yang lain,.aku suka ditanya begitu,cpt skit aku ingat...tapi...lain pula pada petang tu..bila ku bacakan ayat mengenai lebah (annahl)...tak semena syeikh bertanyakan,.apa yang selalu dihasilkan oleh lebah ?apa yang dimaksudkan dengan cecair yang datangkan manfaat pada manusia yang keluar dari perut lebah tu???jawpannya mestilah madu....!boleh aku blank madu bhasa arab mende..isk32.... a'sal  ya syeikh,,huhu
syeikh pun elaborate..betul,madu ni manfaat dia pada semua manusia,syifa' atau ubati pelbagai penyakit khasnya...bayangkan setiap manusia Allah beri..tiada pengecualian...rahmatNya melimpah ruah..manfaah ila kullinnas kata syeikh...pastu syeikh pun tanya lagi..itu madu...bagaimana pula dengan AL QURAN??adakah manfaat pada semua manusia juga???aku pun jawab tak...syeikh sambung..berbeza kan??madu diberi pada setiap insan dapat manfaat daripadanya..Al quran pula di kecualikan..manfaat atau syafaatnya hanya Allah beri pada orang mukmin sahaja...orang beriman je dapat manfaat???oooo...aku pun mengangguk faham..aku nak jadi orang beriman sentiasa...azam ku tanam..

erm,apa yang berlaku hari ni adalah program motivasi..harapnya aku termotivate lah...hahahhaiii...erm.alhamdulillah..majlis berjalan sgt lncr dengan kerjasam amidah kuliah..dktorah wafa' yang best..ucapan sedikit sebnyak,bagi hadiah dan ucapan tahniah..mantaop lah!!!aku jadi sayang dengan Dpmi macam ni...ehehehe...aku suka aku suka...tepuk tangan tetiba~ hahahha...
dalam masa yang sama.......
yang menunggu masa pulang mahu pulang...~~~
moga hati ini terus tabah menerima perpisahan ini...........
entah bila bertemu lagi...huhuuu..terlalu ramai senior yang balik..rindu itu pasti ada...


Saturday, September 29, 2012

oh kehidupan...
dunia yang begitu memalsukan...
apa yang dilihat dari pandangan ..
hanya satu khayalan..

hari ini aku belajar satu dari kehidupan..
tak lain tak bukan
kalau bukan kematian..

bila iyanya hilang dari ingatan..
manusia hilang arah dan pedoman..
selalu sahaja melakukan kemungkaran Tuhan..

hari ini seorang yang ku kenali sudah meninggalkan...
moga rohnya dikalangan yang beriman..

dalam asyik dengan hiburan...
supaya jangan lebih dari batasan..
ingat pula giliran diri diusungkan...
ke tempat asal kita dijadikan

semoga roh akak  dalam aman sejahtera,
terus mengimbau kenangan kita bersama..
walau tak begitu lama...
akak lah yang paling sempoi dan ceria...
tapi ALLAH sayangkan akak lebih dari segala..
hati ini redha menerima ketentuan drNYA..

 AL FATIHAH~
....buat semua insan yang telah pergi dan bakal pergi...

Saturday, September 15, 2012



Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan HATI,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana, sekali kau memberi,
Selamanya dia di HATI,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati~

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan HATI,
Berikan ia hanya pada insan
Yang tahu menghargai,
Sebab nilai sekeping HATI
Amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat
Hati terasa dinodai~






aku..
hamba yang belum sempurna..
dan tak akan pernah sempurna....






Monday, September 10, 2012


"vacuum mana vacuum???habis bersawang dah ni,bawak mari sini lekas!"arah seorang pengarah tak bertauliah..hahah..very nice..kira2 berapa abad dah aku tak menhapdate blog ni...banyak benoo da sawang-sawangnya,andai wujud sang labah2 tu siap buat kondominium bagai habaq kat hang...haish!ini semua salah line internet,salah pak cik2 arab tak betulkan line kami ni...grrr..nak marah tak guna..dah jadi~
nak jadi cerita,malam raya tak dpat webcam ngan family tercinta,frust tunggang terbalik!tak dapat nak mengupdate status fb,twitter,yahoo messenger..arghh semua2 la yang berkaitan internet2 ni...entah apa masalah yang melanda aku sendiri pun tak ketahuan..aku terima sebagai ujian..apalah yang nak heran??inilah masanya tuk kau mengupdate segalanya pada TUHAN,tanpa sebarang gangguan...hehe
makanya,terpaksalah aku melaburkan duit ,masa ke cyber cafe,rindu juga kat kakak yang jaga kaunter kat cc magic tu..ahahahai~

Aku tetap bersyukur apa yang terjadi,biar pun terputus hubungan maya,ingatan dalam hati ini biar tersemat kemas pada yang jauh di mata..yeah,dua tiga hari sebelum syawal menjelang,kak padi menunaikan janjinya untuk menghasilkan kuih raya bersama2,aku pun sangat2 bersemangat mengemas rumah ,mengubah perabot (sebijik perangai mak aku)mengemop bagai...cuma langsir je yang tak ku ubah(den bukan orang kayo ,pakai apa yang ada sudah),..haha beriya betul aku nak beraya,dalam pada berpuasa dan bertarawih serta ibadah lain sama~kak piah dan jihan pun menolong sama memasak juadah raya..inilah sahaja ahli beit ku menggantikan keluarga yang jauh di mata...serius rindu!

erm,dalam pada tu juga,kami dikunjungi oleh dua orang makcik,..sedang berulang alik ke dapur membakar kuih malam itu,mereka datang bertandang ,bermalam dan menumpang di rumah kami,niat bercuti di sini,..tetiba hati berbunga riang..apa?ada orang malaysia selain student duk sama kita??seronok!!!!ingatkan kami bertiga jelah di ambang raya ni...hihikk..habis kitorang ajak mak cik2 tu ke suq,dan markaz dpmi...yang selainnya ustaz hafiz uruskan bawa ziarah sekitar alexandria...
rupanya macam2 tempat dan negara dah makcik tu jelajah,..mak cik ida dan mak cik ani..tak lokek dengan senyuman,nasihat kongsi pengalaman dan pedoman ..lebih menekankan pada kami supaya tidak menyia2kan masa di sini..belajar dan terus belajar apalagi menguasai bahasa arab supaya lebih fasih kerana di negara sendiri sangat memerlukan orang seperti kami..aku tercabar ....baik mak cik,(^__^)kenangan bersama kalian takkan aku lupakan...kena baca surah Ad duha sambil menyusun kuih depan makcik..kau hado??err..hihi


tapi,makcik2 tu tak bercadang beraya bersama kami,,apa boleh ku katakan..baru nak rasa kehadiran orang tua di sisi raya ni,..tapi nak buat macam mana, jumaat terakhir ramadhan mak cik tu bertolak ke kaherah..sob3,sedih sieh!tak apalah,itulah adat pertemuan pastikan ada perpisahan...kesedihan itu diganti dengan jemputan maidah rahman di masjid uthman..hik3..Alhamdulillah..rezeki minallah..

kuftah=)




herm,pagi raya...alkisah..hajat hati kecil ini tersangatlah mahu solat raya dengan pak2 arab dan mama2 arab...tapi tak kesampaian..siapakah hamba Allah yang menghampakanku ini??herm..akak2ku lah,siapakah lagi..lambat sangat bersiap..hoho..raya di perantauan lagi kali ini..entah ke berapa kali..baju raya pun biasa2 je,ala kat mesir ke malaysia ke biarlah peryaan itu di sambut secara sederhana...berjemaah solat raya di markaz berimamkan ustaz akli.takbir raya pagi itu begitu syahdu,melayang fikiranku mengenangkan keluarga di sana..familiy aku waktu itu on the way ke kuala selangor..dan apa yang terjadi pada kami,,tahun ni jemputan rumah terbuka semua atas sekali..pergh..first raya memanjat tangga!sejarah tuuuu..paling menarik aku rasa naik tut2 tujuh orang from mandarah to assofiroh..amacam.??.hihik.herm....bila balik rumah rasa nak pakai ogawa je..kikih...tak mengapalah itu semua demi ukhwah sesama insan,kenangan manis kami,kak piah,kak padilah dan jihan...itulah sedikit sebanyak tentang raya aidilfitri tahun ni...ketupat tak de,biskut arab takde...mak pos sini..pleaseeeeeeeeeeee~uhuk..

dalam tut2..






sekian dari hamba yang kerdil..udah ngantuk bangat....sehingga ketemu lagi..terima kasih wifi jiran..hik3..



Friday, August 10, 2012



sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini...suka aku nak kongsi bab2 makanan ..ngee
mungkin sebahagian kita sudah mengetahuinya,mungkin juga ada yang tak pernah tahu ..macam aku je??
sebab sebulan ni kita hanya makan waktu berbuka dan sahur sahaja kan..
memang benar berpuasa ni banyak mendatangkan manfaat pada umat Islam..Alhamdulillah..itu juga tanda Allah sayang pada kita..kerana apa yang diperintahkan semuanya bukan sia2..hehehe..

akan tetapi dalam pada itu,manusia kuraang mengawal atau berfikir secara bijak dalam pengambilan makanan..pantang ada saja di depan mata..balun perabih semua yang ada..
jangan begitu....

ketahuilah..seribu satu macam penyakit itu berpunca dari apa yang kita makan,,..jadi ,daripada kita berusaha menjemput penyakit,lebih baik kita menghindarinya...hehe...
الوقاية خير من العلاج....(^^,)

Petua Mengawal Tahap Kolesterol  

Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.

Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacauk

annya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.

Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.

Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.

Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.

Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.

Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.

Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.

Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.

Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.

Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.

Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.








 
                                    den tak sabar tunggu musim delima....hik3..





ini pula..sunnah Nabi..




MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.





semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada kalian..~





sakit itu kifarah dosa..sihat pula rahmat dari Allah...dan MATI...itu pasti..


bukankah lebih mudah bagi kita melaksanakan perintahNYA kalau diberi nikmat sihat itu??


bersyukurlah selalu dengan apa yang diberikan kepada kita selaku hamba yang serba dhaif ini...


selamat beramal...heheh..

Monday, August 6, 2012


"...barangsiapa menghendaki pahala di dunia,nescaya  KAMI berikan kepadanya pahala (dunia) itu,dan barangsiapa yang menghendaki pahala akhirat,KAMI berikan (pula)kepadanya pahala (akhirat) itu,dan KAMI memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
                                                   surah AL IMRAN:ayat 145.... 

18 ramadhan...

yeah..detik bersejarah mungkin??
herm..diam tak diam..natijah dah mula memunculkan kelibatnya..mula difuru'2 seterusnya kaherah, kemudian singgah dia alexandria...itulah universiti Al Azhar..~

dalam asyik menyarungkan telekung di tubuhku,membelek2 wajah di cermin,mana tahu aurat ku terzahir di situ,untuk melunaskan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH mendirikan solat maghrib semalam,mesej berbunyi..bukan dari etisalat pastinya,its from kak yatie sabah..tening3.."maii..natijah da keluar di kuliah,tolong tengokkan"....
aaaarrgghh..menjerit tetiba..seisi rumah bertanya..mengapaaaaaaaaaaaa??hahah...wah takut ni..tapi lagaknya tenang seolah tak ada benda yang menyeramkan bakal berlaku..
macam tak percaya..arghh..esok2 lah aku g tengok .,,bisik sang hati..
tiada apa yang aku mohon kepada ALLAH..melainkan supaya dikuatkan hati dan akal fikiran walau apa yang terjadi..terima!
percaya atau tidak selama dua tahun berturut2 aku najah(alhamdulillah) dan selama itulah orang lain yang mengkhabarkan berita hangit itu di telinga ini...namun tahun ini???jeng3...
lain dari yang lain,malam itu tidur lena sekali,tak rasa apa2 pun,sekurang2nya nervous la sikit..ini idak..tak tahu la apa something wrong kan...hermm..dan natijah tahun ni..tidak dapat tidak aku juga yang kena menyaksikannya sendiri tanpa sesiapa lagi..ya RABB..kau maha mengetahui...

esoknya,ikutkan ada ujian kat markaz,ada mat dpmi..jadi..awal2 pagi ramai sudah ada yang menelefon untuk meminta aku menghadirkan diri sendiri ke tempat2 tersebut.  ceh bajet vvip je aku nih..argh..sungguh aku tiada mood..
lepas sorang2 menghantar mesej,menelefon..akak2 bait pun berapa kali menyeru...maisarah pergi kuliah tengok natijah...herm..

aku pun bersiap2lah..dengan semangat yang mahu tidak mahu je ada waktu tu..naik tut2..bersama  mama dari suq..sesungguhnya tak putus2 aku berselawat dan beristighfar moga2 aku kuatlah hendaknya,jangan sampai pengsan sudah..hoho...mama tu pon sertakan doa,bile tahu aku nak pergi ke kuliah...di kuliah kak rahmah menanti..herm..kalaulah mak aku sendiri di sisi waktu tu,..just berangan..T__T~

sampai sahaja di kuliah..perlahan langkahku menyusuri mabna qodim...senyum~
taaraaaaaa!!!
heheheh..terus nampak rosibah..nama aku tak berapa jelas,hanya nama abah ngan atok je...orait..
alhamdulillah...tiga madah aku manqul...tahun satu dan dua aku lepas dengan jaya nya..alhamdulillah..
ramai gak yang najah..alhamdulillah...
jumpa lagi di tahun tiga...rupanya aku belum faqeh ilmu sorof,nahu dan nusus..belum cukup sastera aku nih..hoho. alhamdulillah..terus bersangka baik...=)
ya ALLAH..aku terima ujian ini dengan redha...aku pasrah..tapi macam mana mak dan abah ye...arghhh..dilema...

setahun extend study di bumi barakah ini..oh..kahwen pun begitulah nampaknya..LOL.. ..
bersama syahida..mungkin juga fida dan rakan tahun satu dulu..macam2 fikiran melayang..oh..ini rupanya perasaan tak najah..aku fikir sesekali jatuh bagus juga...bila terhantuk itu lah rasanya sakit..mungkin perit...ya pastinya..aku bersyukur sekali...cuma mungkin hampakan mak abah..mak maafkan akak ye..abah maafkan akak..belum cukup kuat untuk terus jadi contoh yang baik pada adik2..herm...usup online..aku ceritakan segalanya..mujurlah dipujuk hati kecil ini ,thankz bro..sebak!

moga aku dan sahabat yang lain terus diberi ketabahan,dan kekuatan...~
tiba2 rindukan hujan...biar menangis bersamaku yang kesedihan..
harapnya aku tak putus harapan menggali ilmuMU oh Tuhan...
worait semua!!!jom cari malam lailatulqadar di bulan ramadhan~~~~(^___^)




rilex & chill lah wahai qalbiy...apa yang terjadi ada hikmahnya...adatlah orang belajar..tiada kesungguhan tiadalah kejayaan..first yang patut disalahkan diri sendiri...jadi muhasabahlah berbanyak2nye..yeaayy..nak sahur pulak ni...teruskan tersenyum~  assalamualaikum..

Thursday, August 2, 2012




14 ramadhan....kalau makan kek kira separuh da habis..begitulah ramadhan. tinggal separuh je lagi??.
ohh jangan pergi..~
yang pastinya kita sudah melepasi satu fasa daripadanya,..fasa rahmat ...dan yang tinggal fasa maghfirah dan seterusnya fasa pelepasan dari api neraka..masih belum terlambat untuk kita tingkatkan ibadah kita..yuuukk!

bak kata sang murabbi dua tiga hari lepas,..nak dapat rahmat Allah..kita sendiri yang kena kasihankan diri kita dahulu,,,barulah rahmat Allah tu datang dengan sendirinya pada kita..hermmm.,..
maksudnya,kasihankan anggota badan yang Allah bagi pinjam sementara ini dari terkena api neraka jahannam,kasihankan 'mereka' ni dengan menjauhkn ia daripada melakukan kemurkaan Allah di dunia..
lalu bagaimana??herm,,jagalah semuanya itu dari melakukan maksiat,lagi pula bulan puasa ni..rasenya lebih mudah pelaksanaanya berbanding pada bulan2 lain kan?herm,,
maksudnya juga,,rasa2 or agak2 nak mencuri ingat nanti tangan ni yang akan disambar api di akhirat kelak,..
agak2 nak tinggal solat,...saksi2 ni juga yang nak menjawab di hadapan Allah kelak,,
agak2 nak bukak aurat,...bahgian itu pula nanti jadi bahan bakar di 'sana' ,..waiyya na'uzubillah...
jadi sama2lah mengasihani diri sendiri,berilah rahmat pada anggota kita dahulu..mudah2an diterima amalan2 kita sekaligus peroleh rahmat Ilahi..ameen
begitulah tazkirah yang begitu terkesan pd jiwa aku..moga2 jdi ingatan sepanjang hidupku dan  penyinggah2 blog aku yang tak seberapa ni..
semoga baki2 hari yg tinggal ni jadi manfaat sebagai bekal sebelum sampai ajal menjemput aku,kau dan kalian semua...

entah mengapa ,jiwa dan hati ni semakin menjadi2 ..
sifat ku semakin malas dari hari ke hari,,.
aku mengadu pada Tuhan setiap hari..
termenung sendiri...
banyak sungguh dosa ku ini...
bila nak berubah jadi lebih baik dan bersemangat mendekatkan diri padaMU ya RABBI ,,..
aku minta jalan dan kekuatan daripadaNYA,..
sungguh,,!
teman yang baik itu adalah cermin diri yang serbi dhaif ni.
bila bertanyakan apakah sahaja ubat  malas itu,apakah wujud di farmasi??
jawapan dari dia..simple..walaakin jatuh menjunam terkonkrit di hati...
"betul?tak menyesal nak tahu?MATI je ubatnya,,"tu jawapan yang di beri..
dahsyat,,sentap aku tatkala kalimah itu mengalir ke kepala otak aku ..err cuba ingat balik belajar biologi dolu2 receptor ke saraf ke entah la..
fikir!
seorang sahabat membuka mata ku..buka mata dari lena yang panjang lagaknya..ahhh gasaklah buka macam mana pun..
jawapannya mudah tapi mendalam sekali..tak payah cakap banyak...harapnya aku mengerti..
ye..mati..kalau da malas ,semua orang yang kena urus kan bukan??kapankan,mandikan,kuburkan..talkinkan..ya ALLAh ampunkan aku..
herm,,termenung lagi...terima kasih sahabat!

sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "




dan malam ini...eh tak dinihari ini..
lama rasa nya tak marah..astaghfirullah~
bukan niat nak marah..atau sengaja menghadirkan marah itu..shuuuuuuuuuuh la kau!
tapi mungkin lama rasanya orang tak cari pasal ngan aku kan..
tp malam tadi sedikit diuji..dengan siapa,,??erm biarlah menjadi rahsia..seribu satu hikmah yang menjelma...
malam itu juga ,berkunjungannya pemilik rumahku..baba n mama..
meng'cheking' segenap ruang rumah..balkoni,peti ais dan macam2 lagi..
dan hadaf mereka cuma islah hanafiah je sebenarnya..alang2 tengok yang lain sekali,,mungkin..
ku dan kak piah turutkan saja..

hati tersuntik..
ambik kau dos kasihaaann bisik sang hati..
lemahnya tubuh seorang yang sudah berumur..
lantas timbul kesedaran dalam diri..lantas teringat selepas dan sebelumnya lima perkara..salah satunya berada di depan mata...muda sebelum tua..
ya ..akulah pemudi itu..mungkinkah harapan bangsa???tepuk dada tanya iman,tanya bangsa layakkah aku...~
ah..bukan itu yang nak aku coretkan..

tapi si dia..
tua,berumur,menggigil,hampir seluruh  rambutnya memutih menenggelamkan rona kehitaman yang berbaki..hanya analisa daripada pemerhatian pancainderaku sahaja..
tapi dia punya kemahuan,punya kudrat..
sedaya upaya membetulkan paip di sinki itu..peluh di musim panas ni tak jemu2 menyinggah,meskipun pada seseorang yang berusia...ada pengecualian ke?  cepat2 aku pasangkan kipas untuknya..
air dari paip masih mengalir lagi .tap tap tap..ish degil tul air ni..tu yang bil mencanak naik tetiba tuh.
herm,ikutkan hati nak je hulurkan bantuan dan cakap baba takpe biar kami je yang buat,baba rileks je okay,..bukan apa kasihankan dia menggeletar.
kerana kami melihat ,memikirkan dan memahami keadaannya seperti tidak mampu melakukannya ..tapiiii..dia sepertinya bersungguh melakukan,...sehinggalah ditanya itu ini...
selaku pemudi,apa yang disuruh kami turutkan..
iqfil muwayyah katenye,,pergilah kita..iftah!amarnya...kite pun pulas la lagi ..ulang alik kamar dapur ke ruang tamu.sampaikan dia sendiri pula tiba2 ulang alik buka dan tutup paip utama..
kasihan bukan..??sungguh! kami bukanlah pembuli...huhu
sampai la satu ketika muncul anak lipas..lucu siehh..!
bagiku,mencuit hati dan sanubari..baba juga cuba nak ketuk makhluk Allah yang cilik itu dengan cara tersendiri..geram gamaknya..
heheh..comel hangpa tau dak???!!herm..macam atok2 ja..ok i'm missing them like crazy at tmn dato hormat sana...Arghh..moga sejahteralah mereka di tanah air sana...ya ALLAH beri kesihatan yang baik untuk atok,dan wan ku..erm..hanya doa yang mampuku titipkan....T__T
berbalik pada story baba tadi..akhirnya dia suruh aku ke kedai membeli salur kepala paip yang baru..turun la kejap..fuh! kedai dah nak tutup dah la!sempat..naik semula..akhirnya kira2 1.35 pagi mereka berdua mengundurkan diri,esok datang lagi...baarakallahufiik...syukran duhai baba..susah payahmu kami hargai..
dalam hati sempat berdoa ya Allah peliharalah mereka...

malam jumaat yang berkat dan  aneka rasa..
selepas itu tak dapat lelapkan mata..
bersiap2 untuk sahur pula..
dapatlah bersahur bersama..dengan kak piah yang cunz gileee...
gembira gamaknya ada yang teman sahur bersama...
Alhamdulillah..bakso lazat umi jadi santapan kami berdua..
berdua bercerita,maka terlakarlah kenangan secara tak sengaja...

muhasabah di sebalik kisah aku ni..
sebagai rumusan..yang lidah ini belum petah sepenuhnya dalam menuturkan kalimah2 arab..
apatah lagi memahami kalimah ammi sepenuhnya..
aduii...tolonglah fasih...berat sangat mulut tu dah kenapa??
mungkin itu yang perlu diperbaiki dari hari ke sehari..
kalau paip pun boleh islah apa lagi pertuturan billughatul arabiah..buat malu kat paip jelah!tetibe..
moga tak susah di kemudian hari...doakan daku ya!!ameen...
ok,camtulah..sayang kat korang..!(^^,)

cukuplah untuk hari ni...sehingga ketemu lagi..just remember,dont forget 'jaga hati'~





atok  & wan kesayangan..
ku tahu mereka tak jemu mendoakan..
mahukan yang terbaik untuk cucu pertama ini..
Ya ALLAH limpahkan kasih sayang buat mereka yang melahirkan kedua orang tuaku...
ameenn














Saturday, July 28, 2012




RaMadHan kareemmm..ALLAH Akram~~
heheh...
bagaimana puasa kita hari ini???rasa2 Allah terima ke tak??
mudah2an ya...Allah terima..jadi laksanakanlah dengan penuh keikhlasan~

Ramadhan kali ke 4 di bumi Anbiya'..
apakah perasaan ku ketika ini...
hanya satu..
ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya...
nak merebut peluang dan pahala berganda yang dijanjikan olehNYA..
Ya ALLAH,ampunkan dosa2 kami,terangilah jiwa kami jauhkan dari maksiat dan moga ramadhan yang bakal kami lalui ini adalah ramadhan yang paling bermakna buat kami....aminn ya RABB~

Alhamdulillah malam pertama Ramadhan, dapat berjemaah tarawih di masjid amru..
balik dari usai solat ,,mulalah membezakan apa yang ada di mesir dan yang tiada di malaysia..
membayangkan,,suasananya,,pasti!
ianya berbeza...sangat berbeza..

di mesir puasa sehari awal berbanding di malaysia,
di mesir  juga sahur seawal 3 pagi kerana subuhnya 3.30 pg..
dan setiap kali dinihari pasti ada arab yang membunyikan gendang,
sekadar memberitakan tamatnya tempoh bersahur dan imsak kepada jiran2 tetangga,
dan siangnya pula kami berpuasa dalam kira2 16 jam ,
kerana masuknya waktu maghrib dan berbuka pada jam 7 malam.. 
begitulah fenomenanya kerana bulan Ramadhan biasanya berada pada musim panas...
yang mana kita faham siangnya lebih lama berbanding malam..











tarawihnya pula lebih ramai di masjid2 meskipun penuh,mereka penuhi jalanraya berhampiran dengan saf2 yang berhamparkan tikar semata dan tak berkurang2 jemaahnya walaupun sampai penghujung Ramadhan...

turun naik kenderaan ada sahaja yang membaca Al Quran..apa lagi di tepi2 jalan..bukan macam kita buka2 fB ajee..huihuihuiii..hermmmmmmmmmmmmm..
seolah2 inilah Ramadhan terakhir buat mereka yang tak suka menyia2kan peluang yang ada,,
juadahnya berbeza dari bulan lain,,ada khutaiyyif dan kunafah...tapi tiada bazar seprti kita...
kedai2 kacang akan mula menjual pelbagai jenis kurma,buah tin,plum dan lain2...
rumah2 dihiasi bak istana lagaknya dengan kerlipan lampu aneka warna,dan tanglong (fanos)
seolah2 raya pula bagi mereka,,
kerana bagi mereka suka meng'ihya'kan ramadhan berbanding syawal...
berbeza bukan???muhasabah yee...








dan apa yang lebih membezakan buatku,
walapun hari ni da masuk hari ke 9 berpuasa di Mesir
rindu dan terkenang jugalah....
sebab tiada keluarga disisi...
yang menemani hanya taulan
arghh..itu yang terpaksa aku hadapi sepanjang menjadi anak rantau..
merantau bukan mencari rezeki..
semestinya mahu memenuhkan ilmu di dada ini..insyaAllah...




sedar tak sedar..
Ramadhan semakin berlalu,,,
dunia pun macam ragam berlaku,..

tapi bukan salah dunia yang pastinya..akan tetapi yang menghuni itu lah tak sedarkan diri..
bahawasanya hidup di dunia tak kekal abadi...

sempena bulan Al mubarak ni,gunakan peluang da waktu mustajab berdoa sebanyaknya..sama2lah kita mendoakan saudara seislam kita di muka bumi ini agar dikuatkan hati menghadapi ujian Allah..semoga yang menzalimi itu dapat balasan yang setimpal dari Allah yang Maha Berkuasa...

Nabi Muhammad S.A.W  pernah bersabda :"permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan (maghfirah)dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

psstt..pesanan penaja..besederhanalah berbuka tu ye..heheheh..jangan membazir...sehingga ketemu lagi..selamat berpuasa~


Monday, July 16, 2012

kelebihan solat~


Benefits of Prayer:

●Improves health.
●Drives away harms.
●Keeps away diseases.
●Strengthens the heart.
●Brightens the face.
●Delights the soul.
●Takes away laziness.
●Invigorates the organs.
●Replenishes energies.
● Refreshes the heart.
● Nurtures the spirit.
● Enlightens the mind.
● Preserves the boon.
● Prevents adversity - Punishment.
● Brings the blessings.
● Drives away Satan.
● Draws closer to the Almighty ALLAH(swt)



كل سنة وأنتم طيّب...

 

Ramadhan bakal tiba!!!marhaaban ya Ramadhan..
maka dengan itu persiapkan diri dengan pelbagai persiapan..
sama ada dari segi lahiriah mahupun rohaniah...
moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...
dan apa yang lebih penting semoga amalan2 kita diterima oleh NYA...

inilah masanya...!!
kerana pahala digandakan..
keampunan diterima...
bukankah ianya tawaran yang ohseemmm!!

jadi,masa itu jangan disia2kan..
usia yang diberi Allah ini hanya seketika cuma..
entah bila Allah minta balik apa yang dipinjamkan pada kita..
kita tidak tahu...

kerana setiap permulaan ada pengakhirannya..
mati itu pasti...



sama -sama didik hati..
perbaiki diri setiap masa..
semoga jadi hamba Allah yang cemerlang...
aaamiiinn...


hanya ini..dari hamba yang terlalu banyak kelemahan.....~~~



Monday, July 2, 2012

khabar~

Dari abu hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan keatasnya, nescaya dia akan diuji dengan musibah" (riwayat bukhari)

Hadis 15 bab 3 riyadh assolihin~



" الصبر مفتاح الفرج "
Kesabaran adalah kunci untuk melepaskan diri daripada kedukaan dan kesusahan.


pagi jumaat yang lalu..
tening tening..bunyi mesej sampai..
ternyata kiriman itu dari permata hatiku..bonda ku tersayang..
bibir menguntum senyum..
mata tertumpu pada skrin telefon yang bercalar itu..berkelip2 mataku membaca..
panjangnya mesej mak...tak lain ni ,.mesti citer letop ni..

tiba pada satu ayat...
"aus ditimpa kemalangan rabu lepas,dua hari dalam wad"..
ligat mata ni mengulang ayat mak td...berdebar,..
Allah..itu yang meniti dibibir..Innalillah...
Allahuakbar..betul ke ni???
waktu itu menangis semahunya...kuatkan aku Ya Allah..


tak semena rasa nak terbangkan diri kesana segera yang mungkin..
bimbang,risau,rindu,takut akan kehilangan...
sungguh!!
kelewatan untuk berita itu sampai ke pengetahuan ku,bukanlah  kerana masalah atau sekatan dalam teknologi maklumat dan perhubungan yang serba canggeh ni..
tapi mak sengaja berbuat demikian mungkin sebab nak aku fokus syafawi waktu tu..
oh mak..sungguh memahami..
tapi pada aku seandainya aku terima awal dari itu pun tak mengapa..
aku sedia terima..aku kena belajar sabar dari ujian yang Allah beri..redha
itulah yang mematangkan diri ini sebenarnya..

ALLAH.....
rasa sedih yang pastinya...
terima sahaja..
mak pujuk supaya tenang di sini...
rasa nak peluk mak sekarang..
sedihnya aku tidak sesedih mak disana...
aku tahu mak lagi sedih..
lagi pulak yang sakit anak lelaki kesayangannyaa..
siapa tak sayang,adik ku tu tak pernah lawan kata...bila disuruh segera je buat,tolong itu ini,suka bagi nasihat untuk kebikan semua,tak kedekut ilmu..walaupun dia nyanyi kadang tu pitching ke laut,suka menyakat n sometime kuat bebelnya..aku sayangggg gilee kat dia..
semua sayang dia..semua senang dengannya...

  kapcainya......
namun,..
apa yang berlegar di kepala ku masa tu..
berbalutkanh dia??
masih sedar ke tidak??
terukkah cederanya???
sempat ke aku jumpa adikku itu??
sapa yang langgaq dia???

                                           .

lantas aku bangun ..membersihkan diri.,
mengangkat wudhu'...usai solat ,doa ku agar Allah limpahkan ke'afiatan ke atas keluarga ku,
Al quran ku capai...
sebagai terapi menenangkan hati.
mungkin hai ahnya bagai gelora di laut mediterinean kalau boleh kira ditashbihkan di situ...
herm..Allahu 'alam..itu je yang mampu aku lakukan  walau terpisah jauh dari tersayang..

kira2 malam di malaysia ,,aku buat panggilan..
bertanyakan keadaan aus..dan semua
Alhamdulillah syukur ..kerana semakin baik..
cuma ada retak di bahagian dada,dan luka2 kecil sahaja,kata mak..ngeri..!
Allah.. aku lemah membayangkannya..
line pula macam cemburu je dengan kami..suara mak samar2 kedengaran...atas sebab itu tak dpt berbual lama..
cukuplah tahu berita,semuanya baik macam biasa..
Alhamdulillah..syukur...

sebagai muhasabahnya..sedarlah..hidup ini Allah bagi pinjam hanya seketika cuma..tiada satu pun milik kita...maka bersyukurlah selalu.....sabar itu kunci kecerdasan emosi..~
dalam melihat ujian yang menimpa kita, ada lagi yang lebih berat daripada apa yang kita terima...
dalam melaksanakan amal kebajikan pula  jangan rasa tu da cukup sebagai bekalan akhirat kita...tapi lakukanlah secara istiqomah tanpa jemu-jemu semata2 kerana Allah..ingatan lebih kepada diri yang  masih serba kekurangan..








~~~tolong ingtkan aku tatkala aku lupa...~~





<=with aus..my bro..dating together beli laptop..(^__^) winduu wooo...semoga cepat sembuh..jgn nakal2...

Thursday, June 28, 2012

إنتهاء الإمتحان لفصل الثاني...الحمدلله

Assalamualaikum semua..
bersua lagi kita di alam maya ini...
entah keberapa kali nya pun tak ku pasti...


Alhamdulillah..
syafawi baru je selesai hari ini...
maka dengan itu ,berakhirlah sudah imtihan fasa dua untuk tahun tiga syu'bah lughah!
macam tak percaya kan tp itulah hakikatnya..
nak hooorayy2 ke?? tak payah sangat la..natijah belum dapat lagi kut!

seronok gak tadi walaupun aku tau markah aku cukup2  makan je ..jawab ke ntah tadi..diam je lebih???
sebelum syafawi terakhir kami wafidat sempat berbincang bersama..
"ok ,kalau dktor tanya ni ni jawab pe?""ko cuit aku tau nnti,mana2 tergagap tu cover eh"'takut lah doktor tu tanye detail ke?'...heheh..bermacam lagi lah dan itulah antara dialog diambang imtihan syafawi tadi..
bukan jarang berlaku semua tu..biasa dah...

                                           malas nk edit..abaikn tarikh dan kegemukan ku..hua3
                                            yg penting ku sayangkn ukhuwh ini..!!yeaah

resah,takut semuanya ada la kan kerana semua perasaan dah digaul mesra secukup rasa..
semestinya penghujung peperiksaan memang zuq nak baca buku tu berlari2 anak menuju ke lembah eropah sana..Allahuakbar..hermm..kenapa entah...
kena rajin! maisarah!!! tajdidkan niat tu balik..semua ini dilakukan semata2 hanya kerana ALLAH..
syukur.. saat akhir tadi sama2 tolong ingtkan dengan yang lain...itu je cara yang berkesan nampak gayanya bagi merawat penyakit malas tu..jelas lah ukhuwah kat situ..
nak naik tahun ramai2 pastinya harapnya tiada siapa yang tercicir..
kau kira apa ..arab misriy ke melayu ke,indon ke sabah ka..sama berbincang~
Ya ALLAH NAJAHKAAN LAH kami semua..amiiinnnnn~


                              Dr. Maha & Dr.Hana'...my most fevret teacher( madah nahu n sorof )

aku jugak tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan doktor dan doktorah yang kami sayang itu..
setelah bergelak ketawa,bile disoal blur,xcukup dengan tu berbisik bagi jawapan lagi ,haaaiiih
aneka ragam sahabat2 lughah ni..maka terlakar lah satu memori ,.di hari syafawi..
sama2 mengukir senyuman yg pastinya membawa  sejuta makna disebaliknya~

                                       Dr. Amani ..peradaban sastera zaman Abassiah...huhuhu
                                                                   ~faslussyitaa'~

semua melepaskan lafaz lega saat keluar kuliah..
aiceh macam lepas lafaz akad nikah pulak nieh..
erm..semua pulang menuju ke destinasi masing2...
maka secara automatiknya cuti mausim soifi bermula dari saat itu....
tup2 terbayangkan Malaysia...huwaaa..apakah ini semua!!! T___T

                                                   Dr.Asyraf . taa'mul fi tafsir Al Quran
                                                                   best!


namun pada itu,..ada satu rasa kelainan hari ni...
rindu!
tiada teman yang dulunya biasa bersama ketika syafawi...
dan siapa tahu fasa  ini dia tiada untuk turut serta menjawab exam...
kumpul kekuatan untuk hadapi semua ni..
sedih!
sabar maisarah sabar~~~
mengenangkan sahabatku yang seorang nun jauh di sana...~
wujdani kal kimchi dil waqt..

                  fida n syahida.... together with our sweet memories..jazaakillahikhairanjazaa' sahabat!
                                                   dlm tut tut nk g tuisyen.....sempt lg


Allah je yang tahu..
kuatkkan hati dan terima serta percaya semua ini ada hikmahnya tersendiri~
hidup,mati,jodoh dan juga rezki semuanya rahsia Allah...
tatkala diuji bersangka baik lah pada Allah..bersyukur selalu kerana ujian yang diberi tu tanda Allah sayang kat kita...alaisa kazaalik??

hurmm..sedar tak sedar...
tinggal berapa minggu je lagi nak sambut Ramadhan
bahang kemeriahan nya dapat ku rasa di ardun kinanah ni..
pesta ibadah bakal tiba!!!seronok!
ayuh ...fastabiqullkhairat...berlumba2 bangun malam..cari mardhotillah~
tentatif hidupku lepas ni mungkin agak padat...akan ku cuba manfaatkan masa cuti  ni sebaik2nya..
"akak cari kawan ye,jangan duduk sorang2..ajak kawan rancang benda yang mendatangkan manfaat,,semoga Allah memelihara akk dan kawan2 di sana.." begitu  pesan seorang ayahanda pada anaknya yg comel ni...erk...huuu rindu sama abah...sobzz..
apa pun ...insyaALLAH wa biiznillah..~

dalam mingu ni bukan je habis exam,
dapat khabar gumbira dr tanah air nuuunnn..
dapat anak buah baru siehh,
bertambah anak buah ku...
aduyaiii mak longgg suda...tua ke saya??bhahahah...
tahniah ijah n abg kalimi...
dapat hero sudah..
edennnn ado?????kui3..sabaq nooo~

Tahniah jugak2 lahh kan..
lagi pulak Dr Mursi  menang pilihanraya ni...
kengkadang jiwa tu rasa jadi rakyat mesir pulak ni...
Negara kedua ku...hua2....
tidak dapat tidak ,gembira dan terharu kebiruan...Alhamdulillah 'ala kulli hal~




dengan itu,,rasanya...cukuplah coretan kali ini sekadar nak buang habuk2 dan debu2 melekit kat blog ni....
wa ilallliqo'...sehingga ketemu lagi...ingat !jaga hati...senyum selalu..

Wednesday, June 13, 2012

berpetang2~

 menjadi diriku....

wahhhh..lagu tak boleh belah maisarah!!heheh

Assalamualaikum semua..first of all..Alhamdulillah...
masih diberi ruang untuk bernafas dan ruang waktu yang Allah bagi pinjam sementara pastinya...
Nikmat apa lagi yang bernilai daripada nikmat Islam dan Iman...moga2 Allah beri hidayah selalu tatkala hamba ini dalam leka dengan habuan dunia~..

 yeah petang nan indah di Alexandria kini mula lah bercambah2 idea nak datang..Almaklumlah duduk sorang..ada roomate pun duk bilik masing2,..lagi sudi menemani laptop dari minum syai or makan kuih muih dan berkumpul ramai2..ternyata suasana tak seperti dulu..kepupusan warga alex (wafidat)semakin dirasai..!.huwaaa...exam nak abis da..weee...lebih kurang dua minggu untuk 3 madah lagi..3 madah lagi dan 3 madah lagiii..!!!!!!!!!!!!!!bertahannnn~


                                                             dari anjung teratak guwe~

aku pun tak tau ape aku jawap selama tu..down giler2...Tawakal dan doa sahaja setelah segalanya ,..tidak  mampu lagi aku untuk berbuat lebih dari itu..aku percaya Allah selalu ada untuk semua hambanya..Aku percaya Allah yang tentukan baik buruk untuk kita..Aku percaya..apa sahaja natijahnya hikmahnya tersembunyi seribu satu rahsia..aku sedia redha dan pasrah sahaja...walau hakikatnya hati dibalut rasa gundah dengan selotip gulana~...




dari hari ke hari..minggu ke minggu..tiap detik berlalu..sangat pantas ku rasakan..macam2 boleh jadi kat dunia..exam tangguh ..boleh habis 20hb tapi pilihanraya punya pasal..jd 25hb jun..beri ruang untuk aku gak yang tak mengkhatamkan kitab2 berbaki..fuhhh...moga diberi kejayaan pada Mr. Mursi juga memimpin mesir..tetibe petang tadi dapat msg dr Mursi..biar betik!LOL...dan kejayaan buat azhari2ah juga...Najah kabir semuanya..amiiinn~

                                             nilah notis penangguhan imtihan.td br je tandatangan..huhuuu

Lupakan hal dunia....hahaii..sekarang rindu membuak2 dengan kenangan ke matruh siwa dua thun lepas!tak tahu mengapa..ni semua berpunca dari dia ...! post gambar2 kat fb baru2 ni lah ni..isk..huhuhu..tapi dia tak banyak pun cerita ..aku pun malu nak tanya banyak2..biar dia tahu  dan rasa pengalaman itu sendiri...Alhamdulillah..sekurangnya dia rasa apa yang aku penah rasa..hua3...ceit..

                                                          amik sebijik~pantai agiba

ok biar kenangan itu yang terindah,,simpan kemas dalam ingatan..disamping tak lupa ambil ifadah....best jugak kalo lepas exam ni bebaskan kepungan atom tension ke sana..tapi panas pula lah..fulus pun belum tentu ada...herm..duk alex diam2 jela maisarah..buat masa ni tak de plan nak panjangkan langkah....tengok la macam mana..we will see...who knows...heheeheh..


sebab insan kudratnya hanya berfikir...Allah mentadbir segalanya dari yang zahir bahkan jua yang  tersembunyi...sekian untuk kali ini..




kalau ada sumur di ladang ,
  boleh amoi menumpang mandi,
      kalau ada umur yang panjang,
         boleh kutarikan jemariku lagi di atas keyboard ini...~