Saturday, July 28, 2012




RaMadHan kareemmm..ALLAH Akram~~
heheh...
bagaimana puasa kita hari ini???rasa2 Allah terima ke tak??
mudah2an ya...Allah terima..jadi laksanakanlah dengan penuh keikhlasan~

Ramadhan kali ke 4 di bumi Anbiya'..
apakah perasaan ku ketika ini...
hanya satu..
ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya...
nak merebut peluang dan pahala berganda yang dijanjikan olehNYA..
Ya ALLAH,ampunkan dosa2 kami,terangilah jiwa kami jauhkan dari maksiat dan moga ramadhan yang bakal kami lalui ini adalah ramadhan yang paling bermakna buat kami....aminn ya RABB~

Alhamdulillah malam pertama Ramadhan, dapat berjemaah tarawih di masjid amru..
balik dari usai solat ,,mulalah membezakan apa yang ada di mesir dan yang tiada di malaysia..
membayangkan,,suasananya,,pasti!
ianya berbeza...sangat berbeza..

di mesir puasa sehari awal berbanding di malaysia,
di mesir  juga sahur seawal 3 pagi kerana subuhnya 3.30 pg..
dan setiap kali dinihari pasti ada arab yang membunyikan gendang,
sekadar memberitakan tamatnya tempoh bersahur dan imsak kepada jiran2 tetangga,
dan siangnya pula kami berpuasa dalam kira2 16 jam ,
kerana masuknya waktu maghrib dan berbuka pada jam 7 malam.. 
begitulah fenomenanya kerana bulan Ramadhan biasanya berada pada musim panas...
yang mana kita faham siangnya lebih lama berbanding malam..











tarawihnya pula lebih ramai di masjid2 meskipun penuh,mereka penuhi jalanraya berhampiran dengan saf2 yang berhamparkan tikar semata dan tak berkurang2 jemaahnya walaupun sampai penghujung Ramadhan...

turun naik kenderaan ada sahaja yang membaca Al Quran..apa lagi di tepi2 jalan..bukan macam kita buka2 fB ajee..huihuihuiii..hermmmmmmmmmmmmm..
seolah2 inilah Ramadhan terakhir buat mereka yang tak suka menyia2kan peluang yang ada,,
juadahnya berbeza dari bulan lain,,ada khutaiyyif dan kunafah...tapi tiada bazar seprti kita...
kedai2 kacang akan mula menjual pelbagai jenis kurma,buah tin,plum dan lain2...
rumah2 dihiasi bak istana lagaknya dengan kerlipan lampu aneka warna,dan tanglong (fanos)
seolah2 raya pula bagi mereka,,
kerana bagi mereka suka meng'ihya'kan ramadhan berbanding syawal...
berbeza bukan???muhasabah yee...








dan apa yang lebih membezakan buatku,
walapun hari ni da masuk hari ke 9 berpuasa di Mesir
rindu dan terkenang jugalah....
sebab tiada keluarga disisi...
yang menemani hanya taulan
arghh..itu yang terpaksa aku hadapi sepanjang menjadi anak rantau..
merantau bukan mencari rezeki..
semestinya mahu memenuhkan ilmu di dada ini..insyaAllah...




sedar tak sedar..
Ramadhan semakin berlalu,,,
dunia pun macam ragam berlaku,..

tapi bukan salah dunia yang pastinya..akan tetapi yang menghuni itu lah tak sedarkan diri..
bahawasanya hidup di dunia tak kekal abadi...

sempena bulan Al mubarak ni,gunakan peluang da waktu mustajab berdoa sebanyaknya..sama2lah kita mendoakan saudara seislam kita di muka bumi ini agar dikuatkan hati menghadapi ujian Allah..semoga yang menzalimi itu dapat balasan yang setimpal dari Allah yang Maha Berkuasa...

Nabi Muhammad S.A.W  pernah bersabda :"permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan (maghfirah)dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

psstt..pesanan penaja..besederhanalah berbuka tu ye..heheheh..jangan membazir...sehingga ketemu lagi..selamat berpuasa~


No comments:

Post a Comment